Perang antara Bangsa Lebah dengan Bangsa Tebuan Gergasi

Pagi ini ribuan bangsa lebah tergesa-gesa keluar dari sarang. Ada musuh sedang berdiri tegak di atas angin diluar sarang sedang menunggu. Musuh itu memandang setiap ribuan lebah yang keluar dengan penuh berani. Seolah-olah tiada langsung rasa gerun nak menghadapi ribuan bangsa-bangsa lebah ini. Musuh ini seperti pahlawan unggul walaupun kuantitinya tidak sampai seratus mereka percaya dengan yakin, perang hari ini meraka akan menang dengan mudah. Musuh ini ialah bangsa tebuan gergasi.

Foto 1 : Tebuan gergasi sedang memerhatikan lebah mulai keluar dari sarangnya

Perang bermula. Tebuan gergasi mulai terbang meluru ke arah lebah. Seperti pahlawan hebat ditangkap seekor lebah kemudian digigit menggunakan mulut dan rahangnya yang kuat dan tajam. Dikunyah mati lebah itu. Diserang pula lebah yang lain. Mati lebah tersebut. Diserang pula lebah yang lain. Mati lebah tersebut. Makin garang dan hebat serangan tebuan gergasi. Dalam masa seminit, seekor pahlawan tebuan gergasi dapat bunuh sebanyak 40 ekor lebah.

Foto 2 : Tebuan gergasi cuba membunuh lebah

Serangan diterus bertubi-tubi oleh tebuan gergasi. Tebuan gergasi juga mulai bergendang perang dengan memanggil rakan-rakan seperjuangan yang lain dengan merembeskan bahan kimia. Gugusan tebuan gergasi mulai terbang meluru dan menyertai perang. Ada tebuan gergasi menangkap lebah yang sedang terbang di udara dan digigit dengan kuat sambil menyengat menggunakan penyengat tajam berbisa yang berada pada hujung badannya.

Foto 3 : Tebuan gergasi mulai banyak untuk menyerang lebah

Ada juga lebah cuba melawan dengan menggigit tebuan gergasi tetapi dia kemudiannya dipegang kuat oleh tebuan gergasi menggunakan kaki, mulut dan tebuan gergasi mulai membengkokkan badannya, menikam sengatnya ke daging-demaging lebah itu bertubi-tubi tanpa belas kasihan sehingga lebah itu mati. Ada juga lebah yang cuba menyerang tebuan gergasi dengan cara berkumpulan tetapi tebuan gergasi cuba mengelak dengan terbang naik turun di udara dan cuba memposisikan dirinya di atas semua lebah-lebah itu. Tanpa membuang lebih banyak masa tebuan gergasi terus membunuh seekor demi seekor lebah dari atas. Dalam masa sejam 10,000 ribu lebah telah terkorban.

Mayat-mayat lebah mulai menimbun di bawah sarang membentuk bukit-bukit mayat. Perang berjalan selama tiga jam. 30,000 lebah telah mati. Mereka dibunuh oleh 30 ekor tebuan gergasi sahaja. Maksudnya seekor tebuan gergasi telah membunuh 3,000 lebah. Menjelang tengahari barisan pertahanan bagi kota sarang lebah telah pecah. Pahlawan-pahlawan tebuan gergasi seekor demi seekor masuk ke dalam sarang lebah. Sebelum masuk ke dalam sarang ada beberapa tebuan gergasi berkongsi cecair tenaga dengan tebuan gergasi yang teruk terkesan dari perang selama tiga jam itu.

Foto 4 : Timbunan lebah yang telah dibunuh tebuan gergasi

Tempat-tempat dimana terletaknya pupa lebah mulai dibongkar tebuan gergasi. Pupa lebah yang terkenal dengan kekayaan pelbagai nutrient telah ditarik keluar dan akan dibawa pulang bagi menjadi santapan ratu dan anak-anak bangsa tebuan gergasi.

Foto 5 : Tebuan gergasi sedang menarik pupa lebah keluar

RUJUKAN

“Asian giant hornet” . Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Asian_giant_hornet

Total
17
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts