0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9
Inilah 10 angka yang kita gunakan setiap hari dalam kehidupan kita untuk mewakili sebarang nilai, bilangan dan nombor. 10 angka ini dikenali sebagai Sistem Angka Hindia-Arab (Hindu-Arabic Numerals System). Sistem Angka Hindia-Arab adalah sistem angka asas 10, juga dikenali sebagai perpuluhan (decimal). Dengan menyusun angka-angka ini, kita boleh membentuk sebarang nombor dengan mudah dan ringkas. Sebagai contoh, seribu boleh ditulis dengan angka 1000 dan tiga puluh lapan ribu enam ratus dua puluh lima boleh ditulis sebagai 38625.
Sistem Angka Hindia-Arab adalah istimewa kerana sistem ini mempunyai angka ‘0’ dibaca sifar, kosong atau zero. Tahukah anda, angka ‘0’ adalah angka yang terakhir dicipta dalam sistem angka ini. Menurut sejarah, angka sifar hanya dicipta di antara abad ke-7 hingga abad ke-9. Sebelum daripada itu, angka sifar tidak mempunyai symbol untuk mewakilinya. Walaupun konsep kosong atau tiada memang sudah lama wujud. Tetapi untuk mewakilkan simbol kepada sesuatu yang tidak ada masih belum dapat digarap sebelum abad ke-7.
Sebagai contoh, sistem angka Roman yang tidak mempunyai angka sifar. Apabila nilai sesuatu bilangan mejadi semakin besar, simbol baharu akan diperkenalkan. Sebagai contoh, V adalah symbol bagi bilangan 5, X bagi 10, L bagi 50, C bagi 100 dan M bagi 1000. Ini menjadikan sistem angka Roman mempunyai banyak symbol yang perlu diingat. Dan sistem angka ini tidak mudah digunakan terutamanya untuk mencatat bilangan yang besar.

Di Eropah, Sistem Angka Hindia-Arab hanya mula di adaptasi pada abad ke-12 melalui buku t Tokoh Matematik Islam, Al-Khwarizmi yang bertajuk Kitab al-Jam’ wal Tafriq bi hisab al-hind diterjemahkan ke Bahasa Latin bertajuk Algoritmi de Numero Indorum masuk ke Eropah. Disebabkan inilah Sistem Angka yang digunapakai secara meluas diseluruh dunia ini kenali sebagai Sistem Angka Hindia-Arab kerana ia dating dari Arab dan India.
Kemudian hamper semua sistem Angka di dunia ini mengadaptasi dan memasukkan angka sifar kedalam sistem angka masing-masing. Dan kebanyakan Sistem angka yang lin masih mengekalkan bentu asal angka sifar sama ada bulatan atau titik.

Sistem angka mengekalkan bentuk sifar sebagai bulatan atau titik
Siapa Pencipta Sistem Angka Perpuluhan dan Angka Sifar?
Namun, diantara Arab dan India, siapakah yang paling awal mencipta sistem ini yang ada angka sifar di dalamnya?
Inilah persoalan yang selalu menjadi perdebatan ahli matematik. Untuk menjawab persoalan ini, kita mestilah merujuk kepada tinggalan sejarah yang ada tercatat padanya angka sifar. Untuk itu, kita akan membuat carta kedudukan berdasarkan Tarikh yang paling lewat kepada yang paling awal. Maka tinggalan sejarah yang bertarikh paling awal itulah bukti pencipta sistem angka perpuluhan dan angka sifat
Nota: Prasasti adalah sama maksud dengan Batu Bersurat.
Prasasti Gwalior, Kuil Chaturbhuj, India (876 Masihi)
Di wilayah Gwalior, India, terdapat sebuah kuil tinggalan Dinasti Gurjara-Pratihara yang di dalamnya ditemui sebuah batu bersurat yang tercatat angka sifar. Prasasti Gwalior mencatatkan keluasan ladang masyarakat disitu berukuran 187 hasta kali 270 hasta. Pada angka 270 terdapat angka sifar yang berbentuk bulatan. Inilah bukti sejarah angka sifar yang terdapat di India.


Buku Al-Khwarizmi (Kitab al-jam’ wal tafriq bi hisab al-hind) 825 Masihi

Tokoh matematik islam, Al-Khwarizmi telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Kitab al-jam’ wal tafriq bi hisab al-hind yang bermaksud Buku tentang pengiraan berdasarkan angka Hindia. Di dalam buku ini, terdapat angka sifar (???) shifr. Walaupun Salinan asal buku ini telah hilang, tetapi terjemahan Latin kepada buku ini masih wujud bertajuk Algoritmi de numero indorum. Terjemahan Latin inilah yang sampai ke eropah dan angka sifar diterjemahkan sebagai zipherum dan kemudian menjadi zero. Inilah bukti sejarah yang menunjukkan angka sifar digunakan di tanah Arab.
Prasasti Batu Kapur, Sriwijaya, 686 Masihi

Prasasti Batu Kapur adalah batu bersurat tinggalan zaman kerajaan Melayu Sriwijaya. Pada batu bersurat ini tercatat angka 608 yang terdapat angka sifar berbentuk titik bulatan. 608 adalah merujuk kepada Tarikh prasasti ini iaitu 608 Saka, bersamaan 686 Masihi. Batu bersurat ini ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno dalam tulisan Pallava. Prasasti ini jauh lebih awal berbanding Prasasti Gwalior dan Buku Al-Khwarizmi.
Prasasti Talang Tuwo, Sriwijaya, 684 Masihi

Satu lagi batu bersurat tinggalan Kerajaan Melayu Sriwijaya ditemui di Palembang. Pada batu bersurat ini tercatat angka 606 yang mempunyai angka sifar berbentuk titik bulatan. 606 pada batu ini merujuk kepada Tarikh batu bersurat ini iaitu 606 Saka bersamaan dengan 684 Masihi. Batu bersurat ini juga ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno dalam tulisan Pallava.
Prasasti Sambor, Khmer Lama, 683 Masihi

Di Sambor, Kemboja yang dahulunya adalah Kerajaaan Khmer Lama, ditemui satu batu bersurat yang tercatat angka sifar. Pada batu bersurat ini tercatat angka 605 yang merujuk kepada Tarikh prasasti ini iaitu 605 Saka bersamaan dengan 683 Masihi. Batu bersurat ini telah ditemui pada tahun 1931 namun dikatakan termusnah oleh regim Pol Pot. Tetapi pada tahun 2013, kerajaan Kemboja mengumumkan Prasasti tersebut telah ditemui semula.
Prasasti Kedukan Bukit, Sriwijaya, 682/683 Masihi


Inilah satu lagi batu bersurat tinggalan kerajaan Melayu Sriwijaya dan juga yang tertua di dunia. Pada Prasasti ini, tercatat angka 605 atau 604 yang mempunyai angka sifar sama seperti Prasasti Talang Tuwo dan Batu Kapur. Ahli sejarah berbeza cara membaca tulisan pada batu ini kerana angka ketiga pada prasasti ini tidak begitu jelas sama ada 4 atau 5.
605 atau 604 pada batu bersurat itu adalah Tarikh prasasti ini iaitu 605 atau 604 Saka yang bersamaan dengan 682 atau 683 Masihi. Maka Prasasti Kedukan Bukit adalah lebih tua atau sama Tarikh dengan Prasasti Sambor. Namun berdasarkan Kajian Prof. Emeritus Shahahir Mohd Zain, tokoh matematik Malaysia dalam kajian beliau. Prasasti Kedukan Bukit lebih awal berbanding Prasasti Sambor. Ini menjadikan Prasasti Kedukan Bukit adalah bukti tertua angka sifar di dunia.
Orang Melayu, Pencipta Sistem Angka Perpuluhan dan angka sifar
Pada tahun 2019, Prof. Emeritus Dr Shaharir Mohd Zain telah menghasilkan satu kajian tentang Sistem Angka Perpuluhan yang Diketahui Tertua di Dunia dan membuktikan sarjana Melayu dari Malayonesia (Istilah bagi Kepulauan Melayu) dari Sriwijaya adalah pencipta asli sistem itu. Ini menunjukkan orang Melayu mempunyai ketamadunan yang tinggi dari segi ilmu. Bagi yang berminat untuk membaca jurnal kajian Prof Shaharir, pautan jurnal tersebut boleh didapatkan disini.
Namun dunia tidak begitu berminat dengan penemuan ini. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyebar luaskan maklumat ini kepada masyarakat agar lebih ramai yang mengetahui fakta ini dan kita sedar nilai sejarah disebalik penemuan ini. Semoga ia menjadi pemangkin kepada kita untuk lebih gigih mengkaji tinggalan sejarah kita.