Malaysia dan Chile Terus Perkukuhkan Kerjasama Dua Hala Melalui Sains Polar

SANTIAGO, 9 Februari 2022 – Malaysia dan Chile terus mengukuhkan hubungan dua hala melalui kerjasama saintifik dalam Penyelidikan Polar. Kerjasama antara penyelidik Polar Malaysia dan Chile ini telah bermula sejak tahun 2006 dan terus berkembang apabila institusi penyelidikan kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman pada tahun 2014, dengan pertambahan kerjasama saintifik dan penerbitan kertas kerja saintifik secara bersama. Lebih daripada sepuluh penyelidik dan pelajar pasca siswazah daripada Malaysia telah menjalankan ekspedisi penyelidikan saintifik menggunakan stesen penyelidikan milik negara Chile. Lebih istimewa, pada tahun 2014 seramai lapan orang delegasi Malaysia telah dijemput secara rasmi oleh Kedutaan Besar Chile di Malaysia, untuk menyertai satu ekspedisi ke Antartika bersempena dengan sambutan Ekspedisi Saintifik Chile ke Antartika kali ke-50.

Terkini untuk tahun 2022, Dr. Siti Aqlima Ahmad, Profesor Madya dari Makmal Teknologi Eco-Remediasi, Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia telah berangkat ke Santiago, Chile sebelum meneruskan ekspedisi saintifik ke Antartika dengan kerjasama Universidad de Megallanes. Beliau akan menetap di pangkalan milik negara Chile iaitu Stesen Bernardo O’Higgins, Antartika bagi menjalankan penyelidikan selama 40 hari bermula 24 Februari sehingga 4 April 2022. Dr. Siti Aqlima akan menjalankan penyelidikan berkaitan pembangunan teknologi hijau di Antartika bagi membendung masalah perubahan iklim. Beliau menggunakan mikrob tanah dan air Antartika yang berpotensi untuk menyerap tumpahan minyak di lautan dan daratan jika berlaku kemalangan. Di samping itu, beliau juga menjalan pemantauan biodiversiti mikroplastik di dalam air di lautan Antartika.   

Dana untuk menjalankan ekspedisi ini telah diterima oleh Dr. Siti Aqlima melalui Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM). YPASM yang akan menyambut sambutan ulang tahun kesepuluh penubuhan pada 2022. YPASM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menggalakkan program penyelidikan saintifik di wilayah Polar, sehingga kini YPASM telah memberikan dana penyelidikan bernilai lebih daripada RM 6 Juta kepada penyelidik-penyelidik tempatan.        

Sebelum berangkat ke Antartika, satu perjumpaan telah dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Chile pada 9 Februari 2022 antara Dr. Siti Aqlima dan Encik Francisco Berguño, Pengarah dan Ketua Bahagian Antartika, Kementerian Luar Negeri Chile. Turut hadir, Tuan Yang Terutama Abu Bakar Mamat, Duta Besar Malaysia ke Chile dan Prof. Madya Dr. Claudio Gomez, Pengarah Center for Research and Antarctic Environmental Monitoring (CIMAA), University of Magallanes.

Dalam perbincangan tersebut, Duta Besar menzahirkan kepada Kerajaan Chile, komitmen Malaysia terhadap pemuliharaan sumber Antartika dan kerjasama institusi penyelidikan antara kedua-dua negara untuk terus aktif dalam ekspedisi penyelidikan saintifik di benua tersebut. Malaysia turut yakin dengan kerjasama erat ini, lebih banyak program penyelidikan berimpak tinggi dapat dijalankan terutamanya dalam isu-isu berkaitan perubahan iklim dan ancaman biodiversiti.

Kedutaan Besar Malaysia di Chile turut bersedia untuk memberi kerjasama penuh dalam memudahcara tiga ekspedisi penyelidikan saintifik oleh saintis-saintis Malaysia di bawah tajaan YPASM ke benua Antartika pada tahun ini.

-Siaran Media ‘Sultan Mizan Research Foundation’ 11 Februari 2022

Sumber gambar : FB ‘The Travel Store Malaysia’.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts