BEKAS MAKANAN DARIPADA SABUT KELAPA?!

Baru-baru ini, penyelidik Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia telah berjaya menginovasikan bekas makanan biodegradasi berasaskan sabut kelapa.

Sumber foto : Berita Harian

Menurut ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd Gani, fokus utama penginovasian ini adalah untuk memastikan ia mudah terurai dan cepat dibiodegradasi sebagai alternatif terbaik kepada polisterin dan plastik.

Menurut beliau lagi, penggunaan plastik yang berterusan dalam kuantiti yang banyak boleh mengakibatkan isu pemanasan global dan pengumpulan gas rumah hijau kerana jangka hayat yang diambil begitu lama untuk dilupuskan sehingga menjangkau tempoh 10 hingga ke 50 tahun untuk proses pereputan. Selain itu, penggunaan plastik juga mengancam keseimbangan ekosistem negara serta kepupusan haiwan akuatik kerana menganggap plastik yang terdampar di lautan adalah bahan makanan hidupan laut.

Maka, penginovasian ini dapat menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar serta menyokong dasar kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik sepertimana yang ditetapkan pada tahun 2018 dalam Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna.

Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd Ghani
Sumber : dagangnews.com

Menurut Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd Gani, penghasilan bekas makanan mesra alam ini menawarkan pelbagai kelebihan, antaranya mudah dileraikan, murah, efektif, dan menawarkan daya ketahanan yang tinggi sehingga boleh menampung berat makanan 1kg.

Dengan mengetengahkan konsep “From Waste to Wealth”, bekas makanan ini akan menjadi daya penarik pengguna.

“Konsep yang diterapkan ternyata memberi kelebihan tentang perhatian yang diberikan dengan menukarkan sisa terbuang menjadi bahan penting komponen bekas makanan demi memastikan kelestarian alam sekitar dan pengurangan sisa tanaman sabut kelapa dapat dicapai.” – Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd Gani.

Hasil inovasi yang telah dipatenkan ini dijangka menerima sambutan hangat daripada pengusaha makanan kerana faedah yang ditawarkannya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengkomersilan Inovasi), Putra Science Park, UPM, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab Rahman, mengalukan kolaborasi pihak industri bagi memastikan manfaat bekas makanan ini diperluaskan.

Sumber :

  1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/922891/penyelidik-upm-hasilkan-bekas-makanan-daripada-sabut-kelapa
  2. https://dagangnews.com/upm-hasilkan-bekas-makanan-biodegrasi-berasaskan-sabut-kelapa-mesra-alam-sekitar-12973
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts