ADIK SOFEA KHADIJAH BERJAYA MENEMPA NAMA SAINTIS MUDA DI PENTAS ANTARABANGSA

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaporkan kejayaan seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Tun Fatimah, iaitu adik Sofea Khadijah bt. Mohd Hanafi, yang berjaya meraih tempat kedua dalam kategori pembentangan poster terbaik di 28th International Conference of Young Scientist (ICYS) 2022. Konferens ini telah diadakan di Belgrade pada 7 – 13 April 2022.

Sumber : Facebook

Tujuan utama penganjuran konferens ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan muda berpotensi meluaskan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang sains bermula di bangku sekolah lagi.

Konferens ini merupakan pertandingan individu untuk mereka yang berumur 14 tahun sehingga 18 tahun dalam bidang fizik, matematik, sains komputer dan ekologi. Setiap peserta perlu menyediakan satu laporan kajian mengenai satu subjek sains yang dipilih. Bahasa yang perlu digunakan ialah Bahasa Inggeris dan dinilai oleh juri antarabangsa. Melalui pertandingan ini, pelajar didedahkan dengan cara untuk membuat kajian, cara membentang dan membincangkan hasil dapatan, cara membuat laporan kajian, dan cara memberi penerangan dalam bahasa asing. Maka, peluang ini diharapkan menjadi pemangkin kejayaan masa depan pelajar dalam bidang sains.

Belgrade

Inisiatif ini telah bermula pada tahun 1994 dengan cetusan idea oleh seorang wakil di Eötvös Loránd University, Budapest dan State University of Belarus, Minsk pada tahun 1993. Tujuan mereka adalah untuk menganjurkan sebuah pertandingan yang melibatkan pelajar sekolah menengah dengan kaedah kajian saintifik. Konferens ini telah dilaksanakan di serata dunia, seperti Hungary, Belarus, Netherlands, Poland, Georgia, dan Prague. Konferens ini telah disertai oleh hampir seluruh negara di dunia.

Pencapaian ini seharusnya dibanggakan dan dijadikan contoh kepada semua bakal saintis Malaysia. Keadaan semasa yang memperlihatkan kemerosotan golongan muda dalam bidang sains perlu dinyalakan semula semangat mereka dengan pencapaian-pencapaian sebegini.

Tahniah adik Sofea Khadijah dan Sekolah Tun Fatimah! Semoga sekolah-sekolah di Malaysia berjaya melahirkan lagi bakal saintis yang menempa nama dan jasa di Malaysia dan persada dunia.

Rujukan :

  1. Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Laman rasmi icys, https://icysconference.com/about
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts