Seorang bakal intern NASA telah dibuang sebelum sempat pun bermula setelah dia mencarut kepada seorang bekas jurutera dan ahli persidangan angkasa NASA di twitter.

Tweet yang dikeluarkan oleh pengguna Twitter Naomi H tersebut mendapat perhatian yang besar, sehingga kemudian turut menarik respon daripada agensi angkasa NASA.
Setelah diminta untuk menjaga bahasanya, Naomi kemudian membalas dengan mencarut mengatakan dia kini bekerja dengan NASA.
Malang buat Naomi, carutannya itu ditujukan kepada Homer Hickam, seorang jurutera lagenda di NASA yang bertanggungjawab membina roket angkasa, melatih angkasawan dan terkenal sebagai penulis buku angkasa lepas.
Naomi kemudian dipecat serta merta dari internship dan dia kemudian memadam akaun twitter miliknya.
Situasi ini bagaimanapun mencetuskan perdebatan di Twitter.
Sebelah pihak menyalahkan Naomi kerana bukan saja biadap dengan peluang yang diberikan, dia sebagai bakal intern sepatutnya mengenali Homer Hickam.
I can't believe @NASA gave an internship to someone who didn't know who Homer Hickem was.
— America Offline ? (@Cheechard) August 21, 2018
Sebelah pihak mengatakan dia tidak sepatutnya dirampas peluang sekali seumur hidup ini hanya kerana berlaku liar di media sosial sebagai mana remaja lain.
https://twitter.com/JUNIUS_64/status/1031997314905268225
Bagaimanapun Homer Hickam kemudian mengatakan bahawa beliau tidak berperanan memecat Naomi daripada Internship. Itu adalah tindakan pihak agensi tersebut.
Hickam kemudian mengatakan bahawa remaja itu kemudian meminta maaf kepadanya, dan beliau terima dengan hati terbuka.
“Setelah bercakap dengannya dan melihat resume miliknya, saya pasti dia berhak memegang posisi dalam industri aerospace dan saya akan melakukan apa yang saya mampu untuk memastikannya memperoleh semula peluang yang lebih baik daripada yang dihilanginya” Kata en Hickam.
Jadi mungkin Naomi akan diberi peluang kedua, tapi ini adalah pengajaran besar buatnya.
Hati – hati dengan apa yang anda tuliskan di media sosial.