Inisiatif “Zero Routine Flaring by 2030″ (ZRF)

Perubahan iklim (Climate Change) di seluruh dunia semakin membimbangkan saban tahun dan memberi kesan secara langsung bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada keseluruhan alam. Tahun ini menyaksikan kesan daripada perubahan iklim yang ekstrim. Antara isu seperti kilat yang berlaku di Afrika, Malaysia dan Korea, kemarau panjang yang berlaku di Brazil merupakan kesan daripada perubahan iklim yang ekstrim disebabkan tindakan manusia.

Kesan perubahan iklim dunia

Apakah itu perubahan iklim? 

Berdasarkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perubahan iklim ialah keadaan perubahan pola cuaca dan suhu pada jangka masa yang panjang. Perubahan ini boleh berlaku secara natural atau disebabkan aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Pada hari ini, antara akitiviti yang memberi kesan kepada perubahan cuaca di dunia ialah pembebasan gas rumah hijau yang terbebas ke udara dan mengelilingi bumi. Gas ini akan meliputi bumi dan memerangkap haba menyebabkan suhu bumi meningkat.

Kesan pembebasan gas rumah hijau kepada bumi

Inisiatif “Zero Routine Flaring by 2030

Antara penyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau di dunia ialah proses pembakaran (flaring) gas natural yang terbebas ketika pengekstrakan minyak dan gas daripada bumi. Pembakaran gas ini memberi impak kepada alam sekitar melalui pembebasan karbon dioksida (CO2), karbon dan bahan pencemaran yang lain. 

Bank Dunia telah menyenaraikan tujuh negara pengeluar minyak dunia yang menyumbang kepada proses ini iaitu Rusia, Iraq, Iran, Amerika Syarikat, Algeria, Venezuela dan Nigeria. Proses pembakaran (flaring) ini telah menjadi satu kebiasaan sejak 160 tahun lalu, namun unjuran bank dunia menunjukkan penurunan kadar pembakaran gas sebanyak 14% sejak tahun 1996. Walaupun begitu, penurunan ini masih tidak mencukupi bagi menjamin alam sekitar yang selamat. 

Tren jangka panjang pembakaran gas dunia (Tahun 1996 – 2021)

Pihak Bank Dunia telah mengambil langkah untuk memperkenalkan inisiatif “Zero Routine Flaring by 2030”. Inisiatif ini diperkenalkan pada tahun 2015 dan tujuannya adalah untuk mengadakan kerjasama antara kerajaan, syarikat pengeluar minyak dan institusi pembangunan dalam menghapuskan proses flaring rutin pada tahun 2030. Hal ini kerana proses flaring ini tidak mapan dari aspek pengurusan sumber dan alam sekitar. 

Inisiatif ini memfokuskan kepada proses rutin yang sering dilakukan ketika operasi normal pengeluaran minyak. Bank negara menyatakan, “Routine flaring of gas is flaring during normal oil production operations in the absence of sufficient facilities or amenable geology to re-inject the produced gas, utilize it on-site, or dispatch it to a market”. Inisiatif ini ditadbir urus bawah Global Gas Flaring Reduction Partnership. Sebanyak 87 buah kerajaan dan syarikat telah menyokong inisiatif ini. 

Dengan menyokong inisiatif ini, semua pihak yang terlibat menyokong bahawa penghapusan routine flaring adalah signifikan dan penting bagi melawan perubahan iklim dan memastikan sumber tenaga yang bernilai tidak dibazirkan. 

Api terhasil dari proses pembakaran gas asli

Tindakan Kerajaan dan Syarikat yang menyokong ZRF initiative 2030

Kerajaan yang menyokong inisiatif ini perlu memperkenalkan undang-undang, pelaburan dan medium operasi yang kondusif kepada pelaburan upstream dan pembangunan pasaran berdaya maju bagi penggunaan gas dan infrastuktur yang diperlukan untuk menggunakan gas-gas ini di pasaran. Hal ini mampu memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur dalam penghapusan proses flare di pelantar/medan minyak masing-masing. 

Kerajaan juga perlu untuk menggariskan panduan kepada mana-mana syarikat yang bakal membina pelantar minyak atau medan minyak (oil field) bagi membina infrastruktur yang menggabungkan penggunaan atau pemuliharaan mampan gas terhasil ketika penggalian minyak tanpa proses rutin flaring

Selain itu, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi memastikan pada tahun 2030 tiada proses rutin flaring di pelantar-pelantar minyak atau oil fields di negara masing-masing. 

Bagi syarikat yang menyokong inisiatif ini, mereka perlu membangunkan pelantar minyak/medan minyak baru menggabungkan penggunaan atau pemuliharaan mampan gas terhasil ketika penggalian minyak tanpa proses rutin flaring. Bagi medan minyak/pelantar minyak sedia ada, syarikat pengusaha perlu mengambil langkah yang ekonomik bagi menghapuskan proses ini secepat mungkin dan selewatnya tahun 2030. Kerajaan dan syarikat yang meng’endorse’ inisiatif ini perlu melaporkan kepada Bank Dunia berkaitan proses flaring dan tindakan bagi mencapai inisiatif ini tahunan. 

Pada Jun yang lepas, Amerika Syarikat dengan Kerjasama Kesatuan Eropah (EU) telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan Global Methane Pledge Energy Pathway. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pengeluaran metana dalam sektor minyak dan gas. Dalam sidang media tersebut, $4 million akan diberikan kepada Gas Flaring Reduction Partnership (GGFR) bagi mencapai Hasrat ZRF pada tahun 2030.

Inisiatif Zero Routine Flaring by 2030 (ZRF) merupakan langkah proaktif  yang diambil oleh Bank Dunia dalam menyatukan semua negara dan pemain industri dalam mengawal pengeluaran gas rumah hijau di dunia. Dengan melaksanakan inisiatif ini kita dapat mengurangkan kesan perubahan iklim dunia seterusnya menjadikan alam sekitar selamat kepada semua. 

SUMBER RUJUKAN
  1. https://www.pbs.org/newshour/world/floods-in-west-and-central-africa-destroy-crops-worsening-hunger-outlook
  2. https://www.indiatvnews.com/opinion/news/climate-change-countries-facing-the-repercussions-of-human-neglect-temperature-flood-drought-india-pakistan-uk-brazil-australia-global-warming-2022-10-22-818015
  3. https://www.worldbank.org/en/programs/zero-routine-flaring-by-2030/initiative-text
  4. https://www.state.gov/u-s-eu-joint-press-release-on-the-global-methane-pledge-energy-pathway/
  5. https://www.worldbank.org/en/programs/zero-routine-flaring-by-2030/endorsers
  6. https://climate.nasa.gov/effects/
  7. https://en.wikipedia.org/wiki/Routine_flaring
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts