Pengaruh wang ke atas kesihatan mental

Kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial kita adalah sebahagian daripada kesihatan mental kita. Ia mempengaruhi pemikiran, emosi, dan tingkah laku kita.

Selain itu, ia mempengaruhi cara kita bertindak balas terhadap tekanan, berinteraksi dengan orang lain dan membuat keputusan yang baik.

Menurut kajian sebelum ini oleh Bankrate dan Psych Central, 42% rakyat Amerika merasakan keadaan kewangan mereka mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan mental mereka. 2,457 orang dewasa ditanya dalam kajian tentang kesan wang terhadap kesihatan mental mereka.

70% peserta kajian, tekanan terhadap wang adalah tindak balas utama. Kesukaran kesihatan mental dan masalah wang saling berkait rapat. Keadaan kewangan yang buruk sering mengakibatkan tekanan dan kebimbangan, yang boleh menjejaskan kewangan, menurut Institut Dasar Wang dan Kesihatan Mental.

Menurut institusi itu, 46% daripada mereka yang berhutang juga mempunyai diagnosis kesihatan mental.

Salah satu penyebab kepada perkara ini adalah kerana kebimbangan mengenai wang boleh mengganggu tidur. Ia juga mungkin berlaku kerana risau tentang ketidakmampuan untuk membeli keperluan untuk kesejahteraan diri.

Untuk menjaga isu mental sedikit sebanyak memerlukan jaringan keselamatan kewangan. Kesejahteraan kewangan bukan sahaja memberi anda rasa tahap kewangan anda terkawal, tetapi ia juga mempengaruhi hubungan, kesihatan dan pekerjaan kita secara langsung.

Sumber : www.mstar.com.my

Mempunyai tahap kewangan yang baik dan kesihatan mental yang baik dikatakan bergerak seiring. Apabila satu hilang, satu lagi akan sedikit sebanyak terpalit secara automatik. Kedua-duanya berkait bagi seseorang maju dalam kedua-dua aspek kehidupan peribadi dan profesional mereka.

Ada juga pihak yang cenderung untuk melihat isu wang dan kesihatan mental ini tanpa melibatkan pengaruh agama, juga terdapat segelintir pihak yang melihat isu ini dan penyelesaian sepenuhnya dari sudut agama.

Namun begitu, buat umat Islam, hanya penghayatan terhadap agama yang benar dapat membezakan cara kita hadapi kedua-dua cabaran wang mahupun kesihatan mental ini dengan lebih baik dan menyeluruh.

Ditulis oleh Azah Atikah Anwar Batcha.

Sumber gambar artikel : https://surayasulatin.blogspot.com/2018/05/apa-nak-buat-kalau-jumpa-duit-tercicir.html

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts