Contoh Gorengan Esei Paling Teruk. Jangan Buat Macam Ni.

Sebuah esei berbahasa Inggeris tular di media sosial kerana ia dianggap begitu … istimewa.

Esei yang bertajuk “Kepentingan geologi dalam kejuruteraan sivil” ini ditulis panjang sebanyak satu muka surat. Namun markah yang diperoleh adalah sebanyak 0%.

Mula – mula agak pelik juga kenapa begitu zalim sekali pensyarah yang beri markah ini, mesti ada satu point yang boleh diberi markah dalam satu muka surat, walau di’goreng’ pun?

Namun setelah membacanya, rupa – rupanya memang layak dapat kosong. Ini adalah kes gorengan versi paling hangit. Tak ada isi langsung.

“Kepentingan geologi dalam kejuruteraan sivil boleh diterangkan melalui fakta bahawa ia sangat sangat penting dalam kejuruteraan sivil, maka itulah sebab geologi sangat penting dalam kejuruteraan sivil”.

Related image

Penulis juga memaparkan disiplin akademik yang baik dengan memberikan definisi geologi:

“Mari kita bincangkan apa itu geologi. Geologi adalah sesuatu yang sangat penting dalam kejuruteraan sivil dan ia sangat penting sehingga tak dapat digambarkan melalui kata – kata”

“…. Tapi itu kan ayat permulaan esei ni dekat bahagian paling atas.. Hang pi ulang balik je ke?” – Pensyarah.

“Yup”

Netizen juga memberi komentar – komentar konstruktif terhadap esei tersebut:

Fuhh, lepas baca karangan ni baru aku tau betapa pentingnya geologi dlm civil eng. Penting sampai takde kata2 boleh gambarkan – Azhari Mohid

Hahahaha tulisan lawa dah. Aku pernah ada dalam situasi camni..di mana tahu beberapa perkataan je dalam bahasa English..tu la dok ulang2 . Kalau tahu perkataan is ,is jela spai abis. Kalau tahu go ,go jela . N selak selak soalan sebelum tu perkataan apa leh guna tanpa tahu mksd n cara guna. – Nora Dzia

Asal dpt satu page – Srikandi Islamiah

hanat dia tulis point sama. dari tajuk, pendahuluan, isi, sampai penutup – Kamil Zakri

Meng’goreng’ juga adalah satu seni. Jangan buat macam ni. Sia – sia je datang dewan peperiksaan.

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts