“Sekarang ni banyak isu – isu panas universiti negara kita, page AJAR tak nak cover ke?”
Admin rasakan sudah terlalu banyak berita dan isu politik yang keluar daripada institusi pengajian Malaysia. AJAR tak berhasrat untuk ketengahkan isu – isu sedemikian.
AJAR sebenarnya sangat berhasrat untuk ketengahkan idea dan nilai – nilai akademik daripada institusi pengajian dan dipersembahkan dengan menarik kepada orang awam.
Sebab pendidikan Malaysia sangat kontang bab itu.
Apabila musim graduasi, yang tular daripada universiti negara lain adalah ucapan valedictorian tentang masalah apabila terlalu mengejar pointer dan mengabaikan nilai ilmu. Yang tular daripada universiti kita adalah fotografi graduasi ala Harry Potter.
Apabila dibuat konvensyen inovasi dan ciptaan peringkat sekolah dan universiti, negara lain buat video tentang idea – idea hebat ciptaan yang boleh selesaikan krisis dunia. Berita yang keluar daripada konvensyen inovasi dan ciptaan negara kita adalah berapa banyak emas universiti menang.
Negara Barat dan negara jiran dah banyak channel pendidikan luar buku teks, cerita idea canggih manggih. Aplikasi fizik dalam kartun etc. Channel pendidikan kita (yang sangat sikit) masih fokus pada skor SPM (bukanlah tak penting, tapi ini je yang ada)
Jadi page AJAR sangat berhasrat dan berterima kasih sekiranya anda boleh bantu page ini untuk ketengahkan berita – berita dan idea – idea pendidikan. Kalau universiti anda macam ada keluarkan ciptaan / idea novel / kejayaan membanggakan, sudilah inbox kepada page ini.
Insya – Allah, kita kembangkan pendidikan luar teks ?