Resume Kelakar yang Tular Ini Beri Pengajaran Perkara yang Jangan Dibuat Jika Hantar Email Penting

Sebuah cekupan skrin yang cukup menggelikan hati tular di media sosial baru – baru ini.

Gambar tersebut adalah mengenai penghantaran resume untuk permohonan internship. Bahagian awal emel tersebut tiada masalah, malah bahasanya cukup baik untuk format emel penghantaran resume.

Bahagian ini sudah cukup baik

Namun apabila dilihat versi panjang email tersebut, ternyata boleh tersedak air kopi.

Aduhaiiiii
spew jay leno GIF

Rupa – rupanya pemohon tersebut meminta orang lain menuliskan resume untuknya (suami mungkin, husnuzzonn), kemudian diemelkan kepadanya, dan dia langsung menekan forward kepada pegawai syarikat tersebut.

Maka mesej resume romantik pasangan yang menuliskan untuknya turut di’forward’kan bersama, siap beserta emoji.

Untunglah ada orang sayang

Encik Aznam yang menerima emel tersebut kemudian menggariskan beberapa tips untuk mengemelkan permohonan, agar tidak berlaku kesilapan seperti ini lagi.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10155628964986895&set=a.102773676894&type=3&theater

Tips yang diberikan beliau adalah:

  1. Kalau yang membuat resume itu adalah orang atau yayang lain, maka caranya adalah memuat turun terlebih dahulu di bahagian desktop atau dokumen, atau tempat khas lain yang menempatkan resume dan dokumen – dokumen penting.
  2. Kemudian, buat emel baru! Kemudian barulah dikepilkan bersama resume tersebut dan dihantar pada alamat emel yang betul. Pastikan dokumen yang betul dan alamat yang betul!

Kesilapan yang kelakar ini bagaimanapun tidaklah dimarahi oleh Encik Aznam, beliau sebaliknya terhibur tatkala menempuh kesesakan trafik.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts