Teknologi Silam Penahan Gempa Bumi Maranao

Orang – orang Nusantara terdahulu telah mencipta teknologi untuk menghadapi gegaran gempa bumi, seperti pembinaan rumah Torogan oleh orang – orang Maranao di Marawi.

Image result for torogan
Rumah Torogan Maranao

“Orang-orang Maranao suatu ketika dahulu, apabila membuat rumah tradisional, mereka akan meletakkan batu-batu di bawah tiang-tiang rumah yang terdiri dari batang pokok yang besar. Batu-batu ini berfungsi sebagai geguli pada tiang rumah dan ianya mampu menyerap gegaran gempa bumi yang menyebabkan rumah mereka tidak runtuh dan kekal kukuh” menurut penyelidik, Hasanuddin Yusof.

Tiang rumah Torogan
Image may contain: plant and outdoor
Batu – batu untuk menyerap gegaran gempa bumi

Menurut Dr Jesus Peralta, “…sokongan apungan memang sengaja dibuat kerana kawasan tanah Lanao adalah tidak stabil secara tektonik, dan ia sering dikunjungi gempa bumi. Batu – batuan tersebut bertindak sebagai pelindung apabila gempa bumi melanda. Keseluruhan torogan hanya akan berguling dan bergoyang lantas tidak mendatangkan kerosakan setelah gempa”

Teknik pembinaan rumah – rumah tradisional Maranao ini dijadikan rujukan untuk pembinaan rumah kebal gempa moden.

“Torogan memiliki ciri – ciri kebal bencana yang berpotensi untuk digunakan oleh masyarakat hari ini” kata arkitek Gloryrose Dy.

Pada zaman dahulu, Torogan berfungsi sebagai rumah milik golongan kelas atasan Maranao. Ia digunakan untuk upacara besar seperti perkahwinan dan perhimpunan agama. Ia juga tempat perbincangan para datu, sultan dan golongan senior untuk menyelesaikan konflik. Maranao menganggap Torogan sebagai simbol kemuliaan, status, pangkat dan kuasa dalam masyarakat.

Binaan tradisi yang semakin dilupakan

Namun pada hari ini, tidak banyak lagi rumah tradisional Torogan yang tinggal.

Menurut Hasanuddin Yusof, hanya tinggal satu saja rumah Torogan yang telah pun berusia lebih 300 tahun.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts