Teknik ‘Membawang’ Netizen Jadi Bahan Kajian USM. Rupanya Terdapat 4 Strategi Netizen ‘Membahan’

Kehebatan netizen kita ‘membahan’ dan ‘membawang’ di media sosial menjadi topik kajian penyelidikan linguistik Universiti Sains Malaysia.

Dalam kertas kajian bertajuk ‘Analisis Ketidaksantunan Bahasa Dan Kesantunan Bahasa Dalam Laman Sosial Facebook Berdasarkan Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005) Dan Strategi Kesantunan Brown Dan Levinson‘, pengkaji Nur Atikah bt Jusoh menganalisa strategi – strategi pengguna Facebook mengungkapkan komen – komen ‘membawang’.

Tajuk kajian yang cukup kompleks sekali. Bangga pula pernah terlibat membawang.

Istilah ‘membawang’ dan ‘membahan’ bagaimanapun dipersembahkan sebagai ‘ketidaksantunan‘, kerana mungkin lebih sesuai untuk kertas kajian.

Pengkaji memilih satu data asal (hantaran membawang versi confession)* dan kemudian mengkaji strategi ketidaksantunan yang dibuat oleh pengguna media sosial (komen – komen maki hamun dan membahan)*.

*Tafsiran dalam kurungan adalah daripada pihak penulis artikel ini.

Berikut adalah hantaran asal seorang confessor yang menjadi bahan kajian:

Alang – alang nak membawang confession, biar sampai jadi bahan kajian universiti.

Rupa – rupanya, menurut pengkaji, terdapat empat strategi ketidaksantunan / membahan* yang diguna pakai oleh netizen untuk menyampaikan ‘isi hati murni’ mereka:

  1. Strategi Ketidaksantunan Secara Langsung
  2. Strategi Ketidaksantunan Positif
  3. Strategi Ketidaksantunan Negatif
  4. Strategi Penggunaan Sindiran

Jenis – jenis strategi yang netizen gunakan untuk membahan data asal adalah seperti di bawah:

Strategi Ketidaksantunan Secara Langsung

Strategi ketidaksantunan secara langsung adalah merupakan strategi yang digunakan oleh penggunanya yang berniat untuk memberi ancaman air muka kepada pendengar secara langsung .

Contoh strategi Ketidaksantunan Secara Langsung 1

Dengan kata lain, strategi ini adalah apabila netizen membahan secara langsung, tanpa segan silu, dengan ungkapan – ungkapan yang jelas negatif.

Contoh strategi Ketidaksantunan Secara Langsung 2

Tujuan strategi ini adalah untuk menjatuhkan air muka penghantar asal secara langsung.

Strategi Ketidaksantunan Positif

Strategi ini lebih kompleks. Strategi ketidaksantunan positif adalah strategi menjatuhkan air muka seseorang dengan cara:

  • Tidak memberi perhatian dan mengabaikan kewujudan seseorang
  • Tidak menunjukkan perasaan simpati
  • Penggunaan identiti yang tidak tepat
  • Penggunaan bahasa yang tidak jelas
  • Adanya ketidaksetujuan
  • Penggunaan bahasa yang tabu
  • Penggunaan panggilan nama yang lain untuk menyapa

Contoh strategi ini adalah seperti:

……

Berbeza dengan strategi pertama tadi, penggunaan perkataan tabu wutoh atau butoh yang bermaksud kemaluan lelaki secara tidak langsung menjatuhkan air muka confessor tadi.

Contoh lain adalah seperti penggunaan kata bodoh, yang juga secara tidak langsung menyebabkan confessor berasa tidak selesa.

Ini kertas kajian paling seronok pernah dibaca

Strategi Ketidaksantunan Negatif

Strategi ketidaksantunan negatif merupakan strategi yang digunakan untuk menyebabkan air muka negatif seseorang rosak.

Kita dapat tahu strategi ini digunakan apabila ada unsur menakutkan seperti mengugut, adanya ejekan atau penghinaan, adanya kaitan
dengan aspek negatif, dan adanya serangan dengan menggunakan maklumat yang lain yang digunakan oleh penutur.

Dapat tambah glosari membahan hari ini.

Dalam contoh ini, pembahan menggunakan perkataan dialek utara makngot yang bermaksud lembab. Maksudnya confessor dilabel sebagai seorang yang lembab berfikir.

Ada lagi tak kertas – kertas kajian macam ni?

Dalam contoh di atas pula, jelas terdapat unsur ugutan untuk menendang confessor masuk ke tasik biawak. Ini bertepatan dengan kriteria strategi ketidaksantunan negatif. Ia juga mendatangkan rasa ingin melawat tasik biawak yang mungkin boleh jadi tempat percutian* – tambahan penulis.

Strategi Penggunaan Sindiran

Ini mungkin strategi yang paling kreatif, dan semakin dikuasai oleh netizen.

Strategi penggunaan sindiran merupakan strategi yang digunakan untuk menunjukkan strategi kesantunan yang tidak benar, berpura- pura, atau nilai kesantunan itu hanya wujud secara tersurat sahaja.

Strategi ini lebih mudah difahami dengan contoh:

Inilah kemuncak keindahan Bahasa Melayu

Kesimpulan Berharga

Sebenarnya, bukan semua respon yang diberikan adalah negatif dan bersifat ketidaksantunan, ada juga komentar yang positif dan berkesantunan.

Tetapi yang bersifat ketidaksantunan / membahan itu lebih banyak.

Adakah ini bermakna adab dan tatasusila masyarakat Malaysia begitu teruk di alam maya kerana terlalu suka membahan? Tidak juga.

Menurut pengkaji, sebenarnya punca netizen membahan adalah kerana hantaran asal itu sendiri bersifat membahan:

Penggunaan strategi ketidaksantunan yang lebih kerap daripada penggunaan strategi kesantunan kemungkinan besar melibatkan DATA ASAL. Hal ini kerana R1 dalam DATA ASAL itu sendiri ada menggunakan strategi ketidaksantunan

Maka kesimpulannya, jika tidak mahu dibahan, jangan membahan.

Total
18
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts