Kamus Oxford Telah Memilih ‘Word of The Year 2018’. Pemenangnya adalah…

Dalam satu tradisi yang dibuat secara tahunan, Kamus Oxford telah mengisytiharkan ‘Word of The Year’ untuk tahun 2018. Perkataan yang dinobat sebagai ‘pemenang’ adalah … toxic.

Adjektif toxic asalnya didefinisikan sebagai ‘beracun’, dan dapat dijejak penggunaannya seawal pertengahan abad ke 17. Namun penggunaan perkataan tersebut didapati begitu luas penggunaannya pada tahun ini. Ia menggambarkan ethos, mood dan menjadi simbol budaya bagi tahun 2018.

Perkataan tersebut menjadi alat deskriptif untuk topik – topik popular tahun ini, dalam pelbagai konteks, secara literal dan metafora. Bukan itu saja, pencarian maksud perkataan tersebut di laman web oxforddictionaries.com juga meningkat sebanyak 45%.

Berikut adalah 10 perkataan yang paling sering digunakan bersama dengan perkataan toxic .

  1. Kimia
  2. Maskuliniti / kelelakian
  3. Bahan
  4. Gas
  5. Suasana
  6. Perhubungan
  7. Budaya
  8. Sisa buangan
  9. Alga
  10. Udara

Beberapa perkataan lain yang turut termasuk dalam undian akhir adalah:

  1. Gaslighting – Tindakan memanipulasi seseorang secara psikologi dengan cara menerima gambaran realiti yang salah, atau meragui kewarasan diri sendiri.
  2. Incel – Golongan lelaki muda atas talian yang menganggap diri mereka tidak berkemampuan menarik perhatian wanita secara seksual.
  3. Techlash – Satu reaksi yang negatif dan kuat terhadap pengaruh syarikat teknologi besar, terutamanya di Silicon Valley.
  4. Gammon – Perkataan penghinaan terhadap lelaki putih kelas pertengahan berusia tua yang bermuka merah akibat kemarahan terhadap isu politik.
  5. Bick Dick Energy – Sikap keyakinan yang halus dan kasual.
  6. Cakeism – Kepercayaan bahawa tidak mustahil untuk dimanfaatkan kedua – dua pilihan yang dikehendaki, tetapi saling eksklusif secara serentak.
  7. Overtourism – Apabila begitu ramai pelancong melawat satu destinasi popular sehingga mengakibatkan kerosakan setempat.
  8. Orbiting – Tindakan menghentikan perhubungan langsung dengan seseorang di media sosial, tetapi masih mengikutinya dan kadang kala memberi respon terhadap mereka.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts