Jangan Beli Dua Pizza Saiz Kecil!

Rasanya ramai yang pernah sampai satu masa, tiba – tiba mengidam makan pizza. Bukan setakat mengidam, kita mahu makan sebanyak mungkin sekali hadap.

Jadi kita pun keluarkan duit di akaun bank, kesat air mata sebab gaji tak masuk lagi, puasa satu hari ,dan kemudian tibalah saat waktu melangkah ke kedai pizza.

Image result for empty wallet
Tak kira, nak pizza jugak!

Lalu disebabkan terlalu mengidam, kita mahu makan sebanyak mungkin pizza pada malam tu. Maka kita pesan dua pizza saiz kecil (6 inci), sebab satu pizza saiz medium (9 inci) tak cukup besar.

Sebenarnya salah. Sebab satu pizza saiz Medium lebih banyak pizzanya berbanding dua pizza saiz small.

Jadi anda jangan beli dua pizza saiz kecil, sebaliknya lebih baik beli satu pizza saiz medium!

Siapa Cakap??

Matematik. Matematik cakap.

Matematik, yang kita ingat tak berguna selepas tinggalkan sekolah tu. Tak sangka rupa – rupanya matematik membantu kita membuat pilihan hidup yang sangat penting, “beli satu pizza saiz medium atau dua pizza saiz kecil?

Hal ini boleh dibuktikan dengan formula untuk mencari keluasan bulatan:

Luas bulatan = ?r2

Di mana ? = 3.141592 … , dan r = jejari bulatan = 1/2 diameter bulatan

Maka kita akan dapati keputusan di bawah:

Ternyata 1 Pizza regular lebih ‘banyak pizza’ berbanding 2 Pizza small! Fakta ini sememangnya bertentangan dengan naluri kebiasaan kita.

Bukan itu saja, dengan pembelian 1 pizza saiz regular, anda sebenarnya mendapat nilai pembelian yang lebih berbanding 2 pizza saiz small.

Jika kita rujuk harga yang ditawarkan oleh Dominos, kita akan dapati :

2 Pizza Small = RM 24.20

1 Pizza Medium / Regular = RM 26.25

Sekali imbas nampaknya 1 Pizza Medium lebih mahal daripada 2 Pizza Small, tapi nanti dulu. Jika kita bahagikan dengan luas pizza, kita akan dapati bahawa

1 inci persegi pizza small = RM 0.43

1 inci persegi pizza regular = RM 0.41

Maka sebenarnya pizza regular bukan saja lebih banyak pizzanya berbanding 2 pizza small, tetapi lebih berbaloi dan murah.

Jadi Memang Sentiasa Beli 1 Pizza Bersaiz Besar Berbanding 2 Pizza Saiz Kecil ke?

Sebenarnya … tidak juga. Sekurang – kurang bukan dengan saiz Pizza di Malaysia.

2 Pizza saiz regular (9 inci) lebih banyak pizzanya berbanding 1 pizza saiz large (12 inci). Begitu juga 2 Pizza saiz Large (12 inci) lebih banyak pizzanya berbanding 1 pizza saiz Xtra large (15 inci).

Kena buat kira – kira lah untuk pastikan pembelian pizza anda berbaloi.

Begitu juga, kadang kala anda mahu beli 2 pizza saiz kecil berbanding 1 pizza medium kerana anda mahu 2 jenis pizza berbeza.

Lainlah kalau boleh beli satu pizza regular, tapi separuh Hawaiian, separuh Classic chicken. Boleh ke?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts