Graf ‘Kesusahan Matematik Vs Masa’ Ni Buat Kita Tanya Kenapa Belajar Matematik Susah – Susah.

Sebuah graf tentang realiti pembelajaran matematik berlegar di media sosial. Walaupun agak kelakar, tapi ia buat kita terfikir juga.

Graf kesusahan matematik vs masa

Graf ‘kesusahan matematik vs masa’ itu menunjukkan jenis – jenis masalah matematik yang kita pelajari dalam tingkatan – tingkatan hidup yang berbeza.

Di sekolah rendah, kita belajar tentang asas pendaraban, kemudian, pecahan, formula garis lurus.

Bila masuk tingkatan, kita pelajari tentang persamaan kuadratik, geometri, trigonometri, kalkulus.

Graf kesusahannya semakin menaik.

Bila di kolej kita mula belajar konsep matematik pelik – pelik seperti Teorem Stokes dan Siri Taylor, Laplace ….

Sehinggalah akhirnya kita habis kolej dan masuk kerja. Lalu graf kesusahan matematik pun menjunam jatuh …

Kerana dalam zaman kerja, ‘matematik’ yang kita lakukan hanyalah jadual kira – kira akaun.

Aduh.

Jadi Kenapa Kita Belajar Matematik Susah – susah Tapi Kemudian Tak Guna?

Soalan ini rasanya ditanya oleh hampir setiap orang sampailah ke depan meja peperiksaan SPM.

Jawapan mudah bagi soalan ini adalah ia bergantung kepada pekerjaan yang kita pilih, jika kita pilih untuk jadi social media influencer jual barang kosmetik, mungkin agak kuranglah tahap kesusahan matematik yang diperlukan dalam bidang kerja.

Tapi jika bidang yang diambil adalah ahli fizik teoretikal atau ahli matematik, sudah pastilah akan relevan semua topik Fourier, kalkulus multivariabel semua itu.

Bagaimanapun, harus diingat, bahawa setiap yang kita pelajari di sekolah walaupun kita sangka tidak relevan, sebenarnya bertujuan menjadikan kita insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Semua permasalahan matematik yang kita lalui di sekolah juga sebenarnya hendak mengajar kita nilai matematik, seperti kemahiran menaakul, mentafsir, mengukur, membina, menganggar, mengendali data dan menyelesaikan masalah secara umum.

Semua itu akan membantu kita menjadi insan yang lebih matang, bijak dan analitikal dalam kehidupan.

Tapi kalau memang rasa tak relevan juga, boleh jadi kita yang tak cukup kualiti untuk hayati pembelajaran matematik kita.

Aduh. Pedih.
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts