Biasanya dalam pameran sains sekolah – sekolah, murid – murid membentangkan dapatan tentang tanaman mereka yang membesar, atau kesan magnet kepada besi, atau berapa kali kucing mereka mengiau seminit.
Tapi tidak bagi seorang murid 10 tahun Davis, yang mempamerkan pameran sains dengan tajuk ‘Adakah Tom Brady Seorang Penipu?’
Tom Brady nampaknya adalah seorang pemain American Football berposisi quarterback. (Admin sampai sekarang tak faham permainan American Football ni. Jadi nah ini pautan kepada wikipedia untuk anda baca : American Football)
Juga nampaknya, pernah berlaku kontroversi besar dalam American Football yang siap diberi nama Deflagate. Menurut dakwaan kontroversi tersebut, pasukan Tom Brady menang perlawanan dengan pihak lawan kerana beliau sengaja memancitkan sedikit bola.
Khabarnya, dengan memancitkan sedikit bola American Football tersebut, ia memberi kelebihan kepada pasukan menyerang. Betul ke? Entah.
Jadi adik Davis 10 tahun ini pun membuat eksperimen sains untuk mengesahkan taktik kotor pemain American Football tersebut, lantas menjadi bahan idea untuk pameran sains.
Dia menyuruh kakak dan ibunya membaling tiga bola yang berbeza kadar pancitannya, kemudian merekod dan menggrafkan keputusan yang diperoleh.
Maka keputusan saintifik pun diperoleh dan ditulis dengan pensel:
Tom Brady memang penipu.
Dan Jason kemudian ternyata memenangi pameran sains tersebut!
Ketika ditanya apa yang mendorongnya membuat ‘kajian saintifik’ ini dan dipersembahkan di pameran sains, jawab Jason:
Saya benci Tom Brady.
Bayangkan anda ahli sukan yang sangat dibenci sampai berjaya mendorong seorang kanak – kanak memenangi pameran sains. Sungguh menginspirasi.