Video Tutorial Logaritma Ini Tular Kerana Penamat yang Tak Dijangka

Sebuah video tutorial matematik tular di media sosial kerana penamat yang tidak disangka – sangka.

Dalam video berdurasi 1 minit tersebut, guru matematik tambahan Izzani Ishak mengajarkan topik tingkatan empat bab lima, iaitu logaritma.

Cikgu Izzani menyelesaikan satu persatu nilai m, n dan p menggunakan peraturan logaritma. Setakat ini, ia masih seperti tutorial matematik yang biasa.

Namun ‘twist’nya tiba apabila tiba di soalan yang terakhir, iaitu apabila disuruh mencari nilai hasil darab m, n dan p.

Rupa – rupanya apabila diselesaikan, jawapan yang diperoleh adalah:

mnp = (R^A)(YA)(19) . Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!

Ohhh. Patutlah tajuk video tersebut ‘LOGARITHM PUN NAK RAYA GAIS’!

Rata – rata wargamaya memuji persembahan video tersebut yang mampu memasukkan unsur hiburan dan kejutan dalam pengajaran matematik:

Video tersebut memperoleh 200k + tontonan di Twitter.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts