Tular Gambar Mufti Wilayah Tolong Tolak Kereta dalam Hujan, Inilah Sifat Tawaduk Orang Berilmu

Sebuah gambar yang memaparkan akhlak mulia Mufti Wilayah Perseketuan, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menolong seorang pengguna jalan raya menolak keretanya yang rosak di atas jalan pada waktu hujan tular di media sosial.

“Dapat gambar dari orang lain. Kisah benar di tengah hujan.

Kata Imam al-Syafie:

???? ????? ????: ?? ????? ???? ????? ????? ????: ?? ?? ??? ????

“Orang yang paling tinggi kedudukannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya kedudukan. Orang yang paling hebat keutamaannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya keutamaan.”

Entah abang tu tahu atau tak, Mufti Wilayah yang bantu tolak kereta dia dalam hujan” – Tulis Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mohamad Razif.

Akhlak mulia seorang yang memegang persada ilmu ini dipuji oleh netizen:

“Pernah jumpa ustaz dr. Zulkifli bakri…sangat zuhud org nya”

“Ni baru dikatakan alim ulamak sentiasa membantu orang yg dlm kesusahan”

“Sikap yg terpuji..tk sangup tgk kepayahan insan lg.pasti sudi hulurkn bantuan tanpa dipinta”

Keutamaan tawaduk setelah memperoleh ilmu ini diterangkan oleh Ibn al Qayyim rahimahullah

“Salah satu tanda kebahagiaan dan kejayaan adalah tatkala seorang hamba semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap tawadhu’ dan kasih sayangnya. Dan semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takut dan waspadanya. Setiap kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. Setiap kali bertambah hartanya maka bertambahlah kedermawanan dan kemauannya untuk membantu sesama. Dan setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan posisinya maka semakin dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan berbagai kebutuhan mereka serta bersikap rendah hati kepada mereka.”

Semoga menjadi pengajaran kepada kita untuk terus merendah diri sedang kita tak mencapai taraf ilmu seperti Mufti.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts