Internet sekali lagi bergegar gempita apabila sebuah gambar tapak sulaiman tular di media sosial … kerana ia kelihatan seperti … memiliki … punggung…

Gambar tapak sulaiman itu, yang dimuat naik oleh pengguna media Twitter @Babyshoujo pada asalnya disangka hanya akan dilihat dua tiga orang, tetapi kemudian itu meletup popular apabila mencecah ratusan ribu ciapan.
Sudah pasti, ramai yang terhibur dan internet pantas mengaitkannya dengan watak tapak Sulaiman popular Patrick Star.
Namun malangnya, pakar mengesahkan bahawa itu sebenarnya …. bukan … punggung.

Sebenarnya Ia Gumpalan Pada Tangan Tapak Sulaiman
USA Today menemu ramah Nate Jaros, seorang pegawai peneliti ikan dan haiwan invertebrata untuk menerangkan perkara sebenar di sebalik gambar tersebut.
Haiwan itu sebenarnya adalah tapak sulaiman vermilion.
“Tapak Sulaiman adalah invertebrata atau haiwan tanpa tulang belakang dan ia bukan juga ikan, walaupun bahasa Inggerisnya dipanggil starfish” jelas beliau.
Dalam foto tersebut, ‘punggung’ itu sebenarnya tangan tapak sulaiman tersebut.
“Dalam gambar itu, tapak sulaiman tersebut melekat pada batu secara menegak dengan dua tangannya memegang batu dan dua lagi relaks tergantung. Tapak sulaiman kadang – kala melepaskan tangannya, contoh apabila ia sedang makan”
“Disebabkan tapak sulaiman dalam posisi menegak, maka graviti menyebabkan komponen dalamannya untuk bergumpal”
Jadi sebenarnya ia cumalah gumpalan bahagian dalam tapak sulaiman tersebut, tak tahu sama ada nak kecewa atau lega.
Walaubagaimanapun, tularnya spesies haiwan ini boleh menjadi bahaya untuk mereka.
Sebagai contoh, setelah filem Finding Nemo meletus naik pada 2003, permintaan untuk memiliki ikan tersebut dalam akuarium peribadi melonjak naik sehingga hampir menyebabkan kepupusan spesis tersebut.
“Dua cara kalian boleh membantu tapak sulaiman, jangan beli tapak sulaiman yang hidup atau telah mati daripada kedai – kedai cenderamata, dan hormati mereka apabila anda menemui mereka di pantai, jangan pihak atau alihkan mereka” ujar Nate.
Tapak sulaiman kini sedang berhadapan dengan tekanan fizikal akibat pencemaran air dan peningkatan suhu lautan.