Berikut adalah transkrip bagi pembentangan akademik berkaitan sebab – sebab orang membantah tulisan jawi.
Assalamualaikum. Jadi kita tahu beberapa tempoh ini negara kita kecoh dengan polemik atau krisis berkaitan dengan tulisan jawi.
Jadi mungkin ramai antara kita yang tak faham kenapa agaknya sesetengah orang membantah dan takut dengan tulisan jawi.
Jadi bila kita ada persoalan ini kita kena selesaikannya dengan cara, jalan akademik. Kita kena baca dokumen rasmi, kita kena kumpulkan data – data mungkin daripada agensi – agensi berkaitan, daripada media sosial.
Jadi daripada perkumpulan data – data tersebut tersebut, saya hasilkan satu pembentangan iaitu untuk kita jawab ‘Kenapa Orang Bantah Tulisan Jawi Satu Perbahasan Akademik Berdasarkan Kumpulan Data Holistik’.
Jadi insya Allah diharapkan dapat menjawab persoalan kenapa orang bantah tulisan jawi.
Jadi kita pergi slide yang pertama.
[Takde sebab]Oh. Uh.
Emmm. Jadi inilah hasil kajiannya, rupa – rupanya didapati bahawa tiada sebab untuk orang takut dan bantah dengan tulisan jawi.
Jadi diharapkan berdasarkan perbahasan dan dapatan kajian yang akademik ni dapatlah digunakan mungkin agensi – agensi kerajaan atau pun Kementerian Pendidikan untuk dijadikan rujukan.
Terima kasih kerana menonton.