Robot Boston Dynamics Kini Mampu Ber’parkour’, Habislah Kita?

Masihkah anda ingat Atlas, robot ciptaan syarikat robotik Boston Dynamics yang mampu berlari seperti manusia? Ia kini mampu melakukan lebih dari itu.

Dalam video terbaru, Boston Dynamics memuat naik video terbaru di Youtube yang menunjukkan kemampuan terkini robot humanoid tersebut yang mampu melompat melepasi halangan ala parkour.

‘Atlas Parkour’ adalah tajuk yang diberikan pada video tersebut.

“Perisian kawalan menggunakan keseluruhan tubuh termasuk kaki, lengan dan badan untuk memberikannya tenaga dan kekuatan untuk melompat melepasi batang kayu dan meloncat menaiki tangga tanpa memecahkan langkah (ketinggian tangga 40cm). Atlas menggunakan visi komputer untuk memposisikan dirinya berpandukan penanda boleh lihat untuk membolehkan menapaki bentuk permukaan dengan tepat” – Deskripsi di video Youtube itu.

Koordinasi robot tersebut kini amat menyerupai manusia, malah lebih baik daripada sebahagian manusia yang mungkin tidak mampu untuk melompat melepasi tangga setinggi 40cm pun.

Komen warganet terhadap video itu juga agak mencuit hati:

“Tak sabar rasanya mahu menunggu dibunuh oleh benda ini setelah mereka menguasai dunia”

“Cepat betul mereka membesar”

“Saya baru saja memberi like pada video robot yang akan menggantikan saya!”

“Kita semua akan mati”

Atlas dipanggil oleh laman web Boston Dynamics sebagai ‘humanoid yang paling dinamik dalam dunia’, sebelum ini beberapa kebolehan Atlas telah dipamerkan seperti melakukan loncatan terbalik:

dan mampu menyeimbangkan diri setelah ditolak

Selain robot seperti Atlas yang berbentuk humanoid, terdapat juga robot berbentuk lain yang turut dibangunkan seperti SpotMini quadruped:

Robot yang mempunyai empat kaki seakan – akan anjing ini mampu menavigasi permukaan berhalangan menggunakan data visual daripada kamera yang dipasang pada badannya.

Apa masa depan dunia robotik? Apa pula masa depan kita warga manusia? Sama – sama kita nantikan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts