Perbincangan tercetus di media sosial apabila foto silibus fizik untuk tingkatan lima tersebar.
Menurut silibus tersebut, salah satu topik yang akan diajar adalah fizik kuantum untuk tingkatan 5.

Silibus tersebut dikatakan sebagai ‘terlalu advance’ dan ‘bercita – cita setinggi langit terutama bagi tahap penguasaan 6 yang menilai sama ada pelajar boleh mereka cipta menggunakan pengetahuan fizik kuantum, yang dianggap setaraf pemenang anugerah nobel fizik.
Malah bukan saja pelajar, guru – guru juga dikhuatiri tidak dapat menguasai topik tersebut untuk dibentang kepada pelajar – pelajar.
Sudah pasti, kerana fitrah kuantum juga keseluruhannya adalah sukar difahami, seperti yang diperakui oleh ‘master’ dalam bidang fizik sendiri seperti Roger Penrose dan Richard Feynmann.


Ramai yang mengatakan bahawa asas matematik dan penguasaan sains pelajar secara umum masih belum baik untuk diperkenalkan dengan topik kuantum.


Sebahagian mengkritik metod “bloom taxonomy” yang dianggap telah lapuk dan tidak semestinya sesuai digunakan.

Bagaimanapun, terdapat yang mengemukakan rasional di sebalik pengenalan topik tersebut untuk diubah-selaraskan agar sukatan pelajaran fizik tahap pra-universit berkesinambungan dengan tahap sukatan fizik menengah atas.

Menurut Dr Wan Mohd Aimran, berikut adalah senarai hasil pembelajaran untuk bahagian fizik kuantum sepertimana yang termaktub dalam DSKP:

Beliau juga mengetengahkan pandangan bahawa tidak wajar mengatakan tajuk fizik kuantum sebagai ‘terlalu tinggi’ atau ‘rendah’.

Melatari kebimbangan kesusahan topik silibus fizik yang terbaru ini adalah ‘krisis’ pelajar yang semakin meninggalkan subjek STEM.

Adakah rombakan subjek yang diajarkan di sekolah menengah membuatkan pelajar meminati STEM?