20 Bulan Baru Ditemui, Zuhal Kini Raja Planet Paling Banyak Bulan Dalam Sistem Suria

Turun takhtamu, Musytari, Zuhal kini adalah raja planet yang paling banyak bulan.

20 bulan baru telah ditemui mengorbit Zuhal, menjadikan jumlah keseluruhan bulan planet tersebut kepada 82, yang mengalahkan jumlah ‘juara’ sebelum ini iaitu Musytari dengan jumlah sebanyak 79.

Setiap daripada bulan baru yang ditemui itu berukur lilit sebanyak hampir 5 kilometer.

Menariknya, 17 bulan baru Zuhal itu mengelilingi planet tersebut secara terbalik, bermakna pergerakannya berlawanan dengan putaran planet pada paksinya (retrograde). 3 lagi bulan berputar sama arah dengan putaran Zuhal (prograde).

Bulan – bulan ini berkemungkinan merupakan cebisan daripada bulan yang lebih besar yang berkecai lama dahulu, sama ada bertembung sesama sendiri, atau dihentam objek asing seperti asteroid atau komet.

Anda juga berpeluang untuk menyertai pertandingan menamakan kesemua 20 bulan tersebut!

… Tapi nama tersebut mestilah berdasarkan mitologi Norse, Inuit dan Gallic. Dan ya, nama Moony McMoonface tak diterima.

https://twitter.com/apooers/status/1181598059257450497

…. Dan nama Kpop pun tak diterima …

Dengan menggunakan teleskop – teleskop terbesar di dunia, saintis kini sedang melengkapkan senarai bulan – bulan kecil yang mengelilingi planet – planet gergasi.

Mengkaji orbit bulan – bulan ini dapat mendedahkan asal usul mereka, termasuklah juga maklumat tentang keadaan di sekeliling Zuhal pada masa mereka terbentuk

Scott S Sheppard, Carnegie Institution for Science
Total
52
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts