Orang selalu tertanya-tanya, dekat mana kapal nabi Nuh berlabuh setelah banjir yang menyelubungi Bumi pada suatu ketika dulu. Ada orang cakap kat Afreka la, kat Turki la, Iran la, aku pulak tak berminat sangat dengan semua tu sebab dia ada bukti sekerat-sekerat je. Sama macam kalau kau jumpa tapak kaki, lepas tu claim tapak kaki tersebut berasal dari Indonesia. Lebih kurang la. Ni namanya pseudosains atau pseudoarkeologi, google sendiri apa maksud.

Apa yang aku minat ialah nak tahu kenapa terjadinya banjir besar Nabi Nuh. Ye tau, jawapan korang tak lain tak bukan, “kuasa Allah”. Selain daripada jawapan cliché “kuasa Allah”, korang tau tak Allah juga meletakkan tanda-tanda kat Bumi ni bagi memanifestasikan “kuasa Allah” tersebut? Aku cadangkan korang baca artikel ni sampai habis supaya takda yang meroyan “AzRi nI mENgaroWt!” atau ingat aku buat artikel yang khurafat.
Para Pencabar!
Terdapat dua nama besar dalam dunia kajian ini iaitu Ryan & Pitman dari US dan Chepalyga dari Russia.

Kedua-dua pengkaji ini bersetuju bahawa berkemungkinan besar bahawa umat nabi Nuh hidup di Tasik Neoeuxinian yang sekarangnya dikenali sebagai Laut Hitam. Air bah (banjir) telah menenggelamkan tasik tersebut lebih kurang setinggi 100m (bangunan ~30 tingkat atau 1/3 daripada ketinggian Menara KL) dan kawasan seluas 100,000 km2 (Semenanjung Malaysia ialah 130,000 km2 ). Rekod batuan dan ekologi kuno juga digunakan dalam kajian-kajian mereka.
Hipotesis-hipotesis mereka adalah seperti berikut:

Kenapa Laut Hitam?

Laut Hitam ialah suatu laut yang agak istimewa kerana laut ini separa-terpisah daripada lautan global. Ini menyebabkan laut ini mengalami rejim tenaga yang rendah (contoh rejim tenaga tinggi monsoon, ombak besar dan sebagainya) dan mengandungi ekosistem spesis yang agak terhad, menjadikan Laut Hitam sebagai pencatat perubahan iklim yang sangat sensitif.
Terdapat juga beberapa penememuan artifak yang ditemui di Laut Hitam, lalu mengadakan satu hipotesis bagi masyarakat saintis dunia terdapat penghijrahan orang Neoeuxinian ke Eropah akibat daripada “banjir besar” ni.
Hujah-hujah mereka ini telah ditelitikan melalui tiga faktor iaitu: (1) tahap kemasinan tasik Neoeuxinian sebelum peningkatan air dunia (terutamanya Mediterranean), (2) perpindahan organisma kepada Laut Hitam dan (3) saluran kemasukan air masin ke Laut Hitam.
Hipotesis Ryan & Pitman
Ryan et al. pada tahun 1997 telah mencadangkan bahawa Tasik Neoexonian merupakan sebuah tasik air tawar yang akhirnya di isi dengan air masin atas sebab peningkatan air laut global melalui Laut Mediterranean. Peningkatan Mediterranean inilah yang mencemarkan lalu menjadikan tasik air tawar tersebut menjadi sebuah laut. Berdasarkan profail seismic berdefinisi tinggi (umpama x-ray untuk Bumi), dan beberapa inti mendapan (sedimentary cores) pendek di terusan Kerch. Mereka mendapati bahawa, air yang menceroboh ke Tasik Neueoxonian berkelajuan 50 batu sejam, 15 cm tinggi sehari. Hal ini berjaya meningkatkan ketinggian air sebanyak 100m dan menenggelamkan kawasan sebesar 100,000km2 dalam masa dua tahun! Banyak gila tu uolls, see my (water) level.
Namun begitu, kerja Ryan & Pitman disangkal pada tahun 2002 oleh Major et al. Major dan rakan-rakan mengkaji semula inti mendapan yang berdefinisi tinggi dan menyemak semula kadar pemendapan, mineralogi tanah liat, kandungan kalsium karbonat, dan isotop oksigen dan karbon. Dapatan mereka adalah penenggelaman tersebut mengambil masa paling kurang 1000 tahun, bukan 2 tahun.
Hipotesis Chepalyga
Kalau Ryan & Pitman mengandaikan bahawa air datang daripada laut dunia melalui Laut Mediterranean, Chepalyga menganggap bahawa air tersebut sebenarnya datang daripada Laut Kaspian. Ketika LGM, seluruh glasier di Bumi termasuk lapisan ais Skandinavia mengalami pencairan secara besar-besaran. Pencairan ini telah menghasilkan beberapa banjir mega dan telah melalui beberapa siri takungan seperti pada rajah di bawah. Kajian Sidorchuk (2003) pada makrolingkungan (macromeanders) pada lembah sungai juga menyokong hipotesis Chepalyga.


Melalui pola perubahan pada tanah liat coklat, tanah loam dan pasir, yang mengandungi organisma seperti moluska Caspian dan foraminifera, Chepalyga menganggarkan kemasukan air ke Tasik Neueoxinian pada 1000 km3 setahun. Pada pendapat aku sendiri, (cheh nak jugak), kemasukan air yang mempunyai rejim tenaga yang sebesar ni susah memeliharakan rekod mendapat yang elok. Jadi aku sendiri gak skeptikal dengan perolehan data Chepalyga.

Kerana saintis suka bergaduh, maka hujah pakcik Chepalyga pun disanggah oleh Svitoch pada tahun 2009, menyatakan bahawa Chepalyga kurang bukti pada penyaliran air daripada Laut Aral dan glasier-glasier yang lain. Dalam erti kata lain, dia bagi bukti camne air masuk dari Kaspian ke Neueoxinian, tapi tidak pada bagaimana air glasier masuk ke Kaspian.
Hipotesis siapa yang betul?
Berbalik kepada soalan asal, macam mana banjir besar nabi Nuh terjadi? Melalui kajian-kajian di atas, jawapannya adalah: *drum roll*
Takda siapa pun tahu! Ye, tiada siapa pun tahu.
Tinggi mana pun nilai saintifik kajian-kajian oleh saintis-saintis ini termasuk lah yang saya senaraikan dalam rujukan penulisan artikel ini di bawah kelak, satu pun tak dapat membuktikan bahawa Peningkatan Mediterranean atau Khvalynian merupakan penyebab banjir besar nabi Nuh.
Kalau ikut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, banjir besar tu 150 hari sedangkan Ryan & Pitman kata 2 tahun dan Chepalyga pulak entahla berapa tempoh dia, dia tak letak pun secara terperinci. Pada masa yang sama, takda pulak apa-apa peninggalan nabi Nuh yang boleh diselaraskan bersama dengan kejadian-kejadian ni. Apa-apa pun, bagi aku yang lebih penting kita mendapatkan pengajaran dalam kisah nabi Nuh adalah lebih penting daripada mengetahui macam mana banjir berlaku.
Akhirul kalam, selamat bagi semua untuk menyatakan bahawa jawapan yang paling selamat untuk menerangkan kenapa banjir besar nabi Nuh adalah kuasa Allah. Sesiapa yang jawab tu boleh la celebrate kat KFC en? (KFC tolong sponsor Ajar)
Wallahualam.