LIMA FAKTA MENARIK TENTANG DNA

Oleh: Azad Shidee

Semua orang pernah dengar tentang DNA, betul? Adakah kita tahu maksud akronim DNA itu? Sebutan sebenar DNA adalah deoxyribonucleic acid, iaitu satu jujukan panjang yang terdapat di dalam nucleus kesemua organisma hidup.

DNA juga boleh dirujuk sebagai cetakan biru (blueprint) kehidupan kerana didalamnya terdapat pelbagai maklumat tentang organisma tersebut seperti jantina, penyakit, sintesis protein dan banyak lagi. Terdapat versi lain untuk DNA iaitu RNA yang merujuk kepada ribonucleic acid. RNA adalah DNA yang pendek dan digunakan untuk proses menterjemah maklumat daripada DNA bagi tindak balas kimia dalam tubuh badan (cth : penghasilan insulin). RNA juga terdapat di dalam organisma hidup termasuk bakteria dan virus.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang DNA :

Struktur dan ketahanan DNA.

DNA hanya dibina oleh empat (4) jenis blok (disebut sebagai nitrogenous base) utama iaitu adenine (A), guanine (G), cytosine (C) dan thymine (T). Kesemua blok tersebut dihubungkan oleh kumpulan phosphate dan terbinalah tulang belakang phosphate. Dikatakan ketahanan tulang belakang phosphate ini mengambil masa 6.8 juta tahun untuk diputuskan kesemuanya (dibawah kondisi sesuai). DNA berbentuk dua rantaian panjang nucleotide (double helix structure) yang dihubungkan dengan ikatan hydrogen.

Panjang dan berat DNA

DNA sangat panjang sehinggakan kita mampu mengelilingi galaksi jika kesemua DNA dalam badan kita direntangkan! Satu DNA di dalam satu  sel panjangnya 6 kaki (1.83 meter). Jika kita mengukur berat semua DNA dalam badan seorang individu, berat tersebut akan mencapai sebanyak 500g sahaja. DNA mampu memuatkan data sebanyak 7 terabyte jika disamakan dengan sistem simpanan memori.

Chromosome : Bentuk DNA yang boleh dilihat.

Ada satu lagi perkara yang menarik tentang ‘bentuk’ adalah struktur chromosome. Chromosome sebenarnya adalah bebenang DNA yang dipadatkan semasa proses pembahagian sel sedang berlaku. Kita dapat melihat DNA semasa ia berada dalam bentuk chromosome. Manusia mempunyai 46 bentuk chromosome manakala Chimpanzi dan Orang Utan mempunyai 48 bentuk chromosome.

Perbezaan maklumat DNA antara manusia.

Setiap manusia mempunyai hubungan genetik secara terus daripada nenek moyang kita iaitu Nabi Adam (kepercayaan dalam Islam). Setiap individu mempunyai persamaan jujukan (sequence) dalam DNA sebanyak 91%. Namun, kita hanya dibezakan sebanyak 9% sahaja. Malah, manusia juga dikatakan dihubungkan secara genetic dengan chimpanzi sebanyak 99% (bonobos (Pan paniscus) dan  chimpanzee (Pan troglodytes). Tetapi jangan risau, hubungkait secara genetic ini tidak menjadikan kita adalah beruk secara alami. Sebagai umat islam kita menolak teori evolusi ‘manusia berasal dari chimpanzi’. Selain itu, kita juga berkongsi maklumat DNA sebanyak 40% dengan kubis.

DNA menyebabkan proses ‘aging’

Satu penemuan yang masih menjadi topik panas untuk dikaji adalah pemendekkan DNA yang menyebabkan proses penuaan berlaku. Selalunya kita mendengar proses penuaan disebabkan oleh pemakanan, cuaca setempat dan gaya hidup. Saintis menemui setiap kali proses replikasi DNA, akan terjadi pemotongan hujung DNA iaitu di kawasan telomere. Apabila pemendekan DNA berlaku, maka banyak maklumat-maklumat penting dalam DNA juga akan hilang mengikut arus masa. Proses ini berlaku secara semulajadi. Sesungguhnya ajal maut ditangan tuhan.

Kesimpulannya, DNA adalah satu keajaiban ciptaan Allah SWT yang boleh dilihat dan dikaji dimuka bumi. Hanya dengan molekul kecil seperti DNA ini sahaja, Allah mampu menjadikan manusia berbeza setiap seorang dan mempunyai ciri-ciri unik tersendiri

RUJUKAN

  1. Rachael Rettner . Boston Strangler Case: How Long Does DNA Last? https://www.livescience.com/38150-dna-degradation-rate.html#:~:text=Last%20year%2C%20researchers%20estimated%20that,the%20bonds%20would%20be%20broken.
  2. Sexual Reproduction and Meiosis. https://www.coursehero.com/sg/introduction-to-biology/genes-and-chromosomes/
  3. bonobos join chimps closest human relatives. https://www.sciencemag.org/news/2012/06/bonobos-join-chimps-closest-human-relatives#:~:text=Ever%20since%20researchers%20sequenced%20the,them%20our%20closest%20living%20relatives
  4. 10 fascinating facts about dna. https://endeavordna.com/blog/10-fascinating-facts-dna/
  5. Telomeres, lifestyle, cancer, and aging. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3370421/

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts