SEMAKIN RAMAI ANAK MALAYSIA MENEMPA NAMA DI PERSADA DUNIA!

Semakin ramai anak Malaysia menempa nama di peringkat dunia. Sepertinya, kehadiran pandemik COVID-19 tidak menjadi penghalang untuk mereka ini terus memajukan diri melakar kejayaan melangkah beribu batu ke hadapan.

Beberapa hari lepas, kita digemparkan dengan kejayaan seorang anak cilik Pahang, berumur 11 tahun yang meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada pada bulan lalu. Pertandingan ini merupakan pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara.

Adik Maryam Muzamir, anak cilik Pahang berumur 11 tahun bersama keluarga merai kejayaannya meraih tiga pingat emas antarabangsa. (Sumber foto : The Star)

Kejayaannya ini sehinggakan disebut oleh pengacara televisyen terkenal di Amerika Syarikat iaitu James Corden dalam rancangannya, The Late Late Show with James Corden.

Menurut beliau, kejayaan Maryam mencipta sejenis makanan haiwan yang diperbuat daripada kulit udang dan siput sedut adalah sangat luar biasa dan mengagumkan.

“Maryam Muzamir, seorang pelajar sekolah berusia 11 tahun di Malaysia. Dia menemui fungsi baru untuk sisa makanan biasa iaitu kerang makanan laut dan mengolahnya menjadi makanan ternakan baru (livestock feed) yang berkhasiat. Dia baru berusia 11 tahun. Ya, di Malaysia.”

Lanjutnya lagi, “Dia telahpun memenangi tiga anugerah antarabangsa untuk inovasi luar biasa ini.”

Manakala, pada awal bulan September, British Council iaitu organisasi antarabangsa United Kingdom (UK) dalam hubungan budaya dan peluang pendidikan, telah mengumumkan empat orang wanita Malaysia yang berjaya memenangi program biasiswa wanita dalam STEM global.

Program biasiswa pascasiswazah bersifat global ini telah dilancarkan oleh British Council dengan kerjasama 19 buah universiti di UK untuk memberi manfaat kepada wanita dari Asia Selatan, Asia Tenggara dan Amerika Syarikat menceburi kursus STEM dengan pembiayaan penuh.

Menurut data daripada Organisasi Pendidikan dan Kebudayaan Ilmiah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), kurang daripada 30% penyelidik di seluruh dunia terdiri daripada kalangan wanita, dan hanya 30% pelajar perempuan sahaja yang memilih bidang berkaitan STEM di peringkat pendidikan tinggi. Maka, program biasiswa ini merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan lagi peningkatan penglibatan golongan wanita dalam bidang STEM.

Nurimanina Najwa Shahrin yang akan belajar Patobiologi Akuatik di University of Stirling berkata,

“Terlalu banyak wanita di Malaysia terhalang kerana bias, norma sosial dan harapan yang dipengaruhi oleh stereotaip gender. Mereka kurang diberi perhatian dalam pendidikan dan kerjaya STEM. Saya ingin memotivasikan wanita, tanpa mengira bangsa atau agama, untuk meneroka bidang yang biasanya dikuasai oleh lelaki.”

“Bakat ada di mana-mana, seseorang itu hanya memerlukan peluang. Saya sangat berterima kasih kepada British Council kerana membuka pintu ini kepada saya. Saya berharap dapat memberikan inspirasi kepada wanita Malaysia untuk meneruskan cita-cita, semangat dan impak mereka dengan berani melalui STEM, ” kata Debbie Ann Loh yang mengikuti Master dalam Kesihatan Awam Antarabangsa di Liverpool John Moores University.

Sumber foto : The Star

Kesemua penerima biasiswa telah berjaya melalui proses tapisan yang ketat bersama-sama ribuan pemohon yang lain.

Mereka akan berangkat ke UK pada musim luruh tahun 2021 bagi melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik).

Berikut merupakan empat orang wanita pemenang anugerah ini :

1. Debbie Ann Loh – MSc Kesihatan Awam Antarabangsa

2. Jaiswarry Sundaram – MSc Bioteknologi Industri

3. Nurimanina Najwa Shahrin – MSc Aquatic Pathobiology

4. Ilyana Hassya Azmannizam – Masa Depan Bumi MSc : Persekitaran, Komuniti, Hubungan

Sumber foto : Facebook Wardah Media

Subhanallah. Jutaan tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya.

Ini baru beberapa kisah daripada ribuan kisah kejayaan anak Malaysia yang lain. Min yakin, sudah ramai anak Malaysia berjaya menempa nama di pelbagai bidang dan Negara. Biarpun nama kalian tidak memenuhi ruang media, teruskan menginspirasi manusia sekitar dengan pelbagai medium yang ada.

Tahniah lagi sekali!

SUMBER :

https://www.thestar.com.my/news/education/2021/09/26/four-msians-win-stem-scholarships

Empat rakyat Malaysia terpilih terima biasiswa wanita STEM British Council – GPS Bestari (sinarharian.com.my)

Total
35
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts