Kalau anda ada anak kecil / anak buah / kanak – kanak jagaan yang menghabiskan berjam – jam menonton video – video kanak – kanak di Youtube, anda perlu cakna isu di dalam artikel ini.
Sekarang ini, kita lihat menjadi satu fenomena kanak – kanak memegang skrin telefon pintar. Kadang kala kerana ibu bapa tidak dapat melayan karenah anak – anak mereka lalu dipinjamkan skrin agar tidak merengek, kadang kala kerana sememangnya telah diprogramkan jadi rutin harian kanak – kanak tersebut.

Apa yang paling banyak ditonton kanak – kanak menerusi skrin telefon tersebut? Jawapannya adalah Youtube. Menurut kajian, kanak – kanak berusia 8 tahun ke bawah habiskan 65% masa mereka menonton Youtube.
Iyalah, selepas habis menonton satu video 8 – 10 minit, mereka klik pula video lain yang disajikan di thumbnail bawah, tahu – tahu sudah berjam – jam menghadap skrin.
Apatah lagi, terdapat berjuta – juta pilihan ‘video kanak – kanak‘ yang anak – anak anda boleh klik satu per satu berturutan. Ia seperti tidak habis.
Tapi kenapa begitu? Kenapa begitu banyak video kanak – kanak ini di Youtube? Siapa yang buat?
Fenomena Video Kanak – kanak yang Mencecah Berbilion Tontonan
Jika anda ingat, pernah tular tentang cerita mengenai kanak – kanak yang memperoleh pendapatan puluhan juta ringgit hanya dengan memuatnaik video di Youtube.

Majoriti penonton saluran tersebut pula adalah kanak – kanak. Bagaimana format video – video yang dihasilkan saluran ini? Anda boleh tonton sendiri video yang hampir mencecah 1 bilion tontonan ini:
Ya, videonya sangat ringkas, kanak – kanak tersebut membuka ‘telur’ watak kartun popular, dan mendedahkan harta karun permainan di dalamnya. Dia kemudian bermain dengan permainan tersebut beberapa ketika sehinggalah video tamat.
Format video begini amat disukai kanak – kanak kerana mereka (berbilion kanak – kanak seluruh dunia) terangsang dopamine mereka untuk tahu permainan baru apa mereka akan tengok setiap kali telur baru ditetaskan.
Malah, format ‘permainan kejutan’ ini menjadi satu genre tersendiri, dengan ratusan saluran cuba meniru, dan dengan capaian jutaan tontonan setiap satu video:

Dunia genre video kanak – kanak Youtube sebenarnya begitu membingungkan, kerana terdapat banyak lagi jenis video yang dihasilkan yang begitu berjaya, dan tidak difahami oleh orang dewasa:



Maka kita boleh sedari bahawa video – video kanak – kanak sememangnya sangat berpotensi mencapai jumlah tontonan yang tidak terjangkau akal banyaknya. Maka di situlah titik permasalahan utama video – video kanak – kanak di Youtube.
Mental Anak Anda Diancam Penggila Duit dan Robot Youtube
Di Youtube, anda sebenarnya boleh membuat duit dengan beberapa cara. Cara yang paling biasa adalah apabila anda membuka ruang pengiklanan di video yang anda hasilkan. Sebahagian daripada dapatan pengiklanan akan masuk ke akaun akaun anda, sebahagian akan masuk ke Youtube.
Apa yang menentukan jumlah duit yang anda terima? Banyak faktornya. Tetapi faktor utama adalah jumlah tontonan. Lebih banyak tontonan, lebih banyak peluang untuk banyak janaan pendapatan. Mudah.
Maka dari situ muncullah banyak pihak yang merasakan mereka boleh membuat duit mudah daripada menghasilkan video kanak – kanak. Mereka tiada niat menghasilkan bahan yang boleh merangsang minda anak – anak, menurut modul pembangunan insaniah tertentu. Mereka cuma nampak peluang duit. Apatah lagi jumlah tontonan video kanak – kanak begitu tidak masuk akal.
Dan lebih tambah menggerunkan, video apa yang anak anda nampak di Youtube ditentukan oleh satu lagi faktor yang kering dan tidak berperasaan. Robot. Atau lebih tepat, algoritma kecerdasan buatan Youtube.
Algoritma Youtube menyusun video – video menyusul, thumbnail, video rekomendasi berdasarkan ‘kata kekunci’ yang tertentu, corak thumbnail, trend semasa, audiens, elemen – elemen popular serta banyak lagi faktor yang tidak didedahkan serta berubah dari semasa ke semasa.
Maka sebab itulah, kita lihat tajuk – tajuk video kanak – kanak yang langsung tidak masuk akal. Kerana pemilik video sengaja menyumbat sebanyak mungkin kata kunci agar video mereka ditonton semaksimum mungkin.

Dan itulah sebab, kita lihat ‘video – video kanak – kanak’ di Youtube yang amat menggerunkan dan sebolehnya kita mahu jauhkan daripada anak – anak kita.




Keseluruhan channel ini pula mendatangkan seriau kepada ibu bapa.

Kawal dan Jauhkan Anak Anda Daripada Youtube
Sebagai seorang pengguna Youtube (peroleh pendapatan daripada laman web tersebut) sememangnya diakui Youtube tidak sesuai untuk kanak – kanak.
Banyak kandungan di medium tersebut tidak ditapis, atau terlepas daripada sistem tapisan AI lantas kadang kala disyorkan pula tontonannya kepada anak – anak kita. Maka dalam hanya beberapa klik, anak kita boleh dibawa menonton video berisi keganasan dan kelucahan, yang sememangnya disasarkan kepada anak kecil kerana mengejar capaian algoritma video kanak – kanak.
Tambahan lagi, pemilik – pemilik saluran Youtube tersebut boleh jadi sesiapa saja. Mereka tiada imej korporat, tiada kelayakan penghasil bahan kanak – kanak, tiada roh mendidik. Mereka boleh jadi cumalah pengejar tontonan terhadap golongan yang paling mudah dieksploitasi.
Jika perlu, muat turun dan simpan video – video kegemaran anak – anak anda dalam folder khas telefon. Jangan sesekali benarkan mereka mencari sendiri video di Youtube.
Pembentangan yang lebih mendalam mengenai isu yang cukup menggerunkan ini boleh ditonton di sini: