Gambar Lohong Hitam Kabur Diketawakan, Saintis Ini Beri Jawapan Epik.

Walaupun dianggap antara pencapaian astronomi paling membanggakan dalam sejarah, imej lohong hitam diketawakan dan ‘ditroll’ ramai orang kerana kabur dan tidak mencapai imaginasi seperti mana gambaran seperti simulasi dan filem.

Cheezburger Image 9293022720
Antara troll terhadap gambar lubang hitam.

Bagaimanapun, seorang saintis kemudian membalas dengan jawapan yang epik terhadap sindiran orang ramai tersebut.

Image may contain: 1 person, smiling, text
Jangan tanya admin apa terjemahannya, tak larat nak semak kamus satu persatu

Dengan menggunakan bahasa saintifik tahap tinggi, saintis tersebut ‘meminta maaf’ kepada orang ramai atas gambar yang kabur tersebut.

Sudah pasti, permohonan maaf tersebut adalah satu sindiran kepada orang awam yang tidak tahu menahu tentang usaha gigih komuniti sains mencapai perkara yang begitu sukar dan memerlukan tenaga intelek tahapan maksimum, tetapi hanya memperlekeh usaha orang lain.

Aduh.

Lebih kelakar adalah komen yang mengiringi hantaran tersebut:

“Ya, itu sememangnya adalah perkataan”
Saya faham 5 perkataan, tapi saya rasa saya dapat mesejnya.
“Saya faham bahagian i am sorry dengan too blurry for you”

Ada yang membalas dengan jenaka juga

Oh, ok. Lain kali jangan buat lagi.

Apa pun, sekurang – kurangnya walaupun ditroll orang ramai, ia menjadi berita sains yang begitu sensasi dan paling kurang dapat tingkatkan keinginan orang ramai mempelajari sains.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts