Bayangkan sebuah (seorang?) robot. Warna apa anda bayangkan? Berkemungkinan anda sedang bayangkan sama ada warna putih atau krom, sebab jarang jumpa robot warna selain itu.
Maka para pengkaji daripada Universiti of Canterbury pun bertanya, “Kita ni rasis tak dengan warna robot?”
Untuk menjawab persoalan ini, mereka mengumpul 163 orang dalam satu kajian, dan mereka guna pakai ‘paradigma penembak bias’ untuk mengenal pasti sama ada orang melihat robot dengan kaca mata perkauman seperti ‘hitam’, ‘putih’ atau Asia.
Rasisme Dikesan … Bzzztt
Bias penempak adalah suatu konsep yang biasa diguna pakai untuk tentukan sama ada pihak polis lebih mudah menembak golongan bukan berkulit putih, tanpa mengira ada ancaman nyawa atau tidak.
Peserta ditunjukkan beberapa siri imej, manusia dan robot, bersenjata dan tidak, kulit putih dan kulit hitam. Jika peserta merasakan ada ancaman, mereka menekan butang ‘tembak’.

Keputusannya adalah, robot warna hitam yang tidak bersenjata ditembak lebih kerap berbanding robot putih tidak bersenjata. Bukan itu saja, mereka ditempak lebih cepat juga, menandakan reaksi yang lebih mengikut naluri berbanding menganalisis informasi sekitar.
“Bias ini jelas menunjukkan rasisme ke atas orang kulit hitam, sehingga diguna pakai juga ke atas robot yang berwarna hitam”
Pengkaji
Apa kesannya?
Daripada kajian ini, mereka yang bekerja dalam industri robot mungkin perlu ambil cakna, bahawa warna yang mereka pilih untuk robot mereka mungkin boleh menyebabkan orang pandang serong padanya.
Katakan pada masa depan, ada robot yang berfungsi sebagai guru, atau tukang masak, atau penjaga, maka masalah besar lah jika semua robot ini dibuat warna putih – mewakili orang kulit putih.
Sudah pasti, kajian ini juga mempunyai limitasi, iaitu ia hanya terpakai kepada orang Amerika sahaja, yang sememangnya miliki sejarah perkauman.
Begitu juga, mungkin bentuk robot tersebut memainkan faktor persepsi orang ke atas mereka.