Gambar soalan sebuah buku latihan yang dipercayai merupakan buku latihan prasekolah tular di media sosial apabila membingungkan ramai orang dewasa.

Arahan soalan tersebut berbunyi: ‘Padankan perkataan dengan bentuk yang betul’.
Hal ini membingungkan ramai orang kerana perkataan – perkataan yang diminta padankan itu dilihat tiada kaitan dengan bentuk – bentuk di sebelah kanan.




Namun sebenarnya soalan itu mudah sahaja, sesuai dengan arasnya yang ditanyakan kepada murid prasekolah. Apa yang dikehendaki sebenarnya adalah memadankan bentuk perkataan itu dengan bentuk visualnya secara kasar. Contoh, perkataan ‘bag’ itu miliki satu garisan menegak atas pada bentuk ‘b’, satu bentuk garisan mendatar merentasi perkataan, dan satu garisan menegak ke bawah untuk bentuk ‘g’.

Ada yang mengatakan bahawa soalan ini tidak tepat, kerana sepatutnya yang disuruhpadankan adalah huruf bukan perkataan, malah menyalahkan penyunting buku.

Tapi kemudian dibalas panjang lebar oleh seorang lagi netizen yang mempertahankan soalan tersebut:

Ramai juga yang mengatakan bahawa soalan ini merupakan aplikasi KBAT. Walhal ia cumalah soalan yang biasa dikemukakan dalam buku – buku prasekolah sedari dulu. Mungkin soalan ini sukar diterima orang dewasa kerana mereka tidak lagi memandang perkataan dan ayat sebagai bentuk, tetapi otak mereka telah dilatih untuk memahami perkataan sebagai alat yang menyampaikan makna. Minda prasekolah pula kurang memahami makna, sebaliknya lebih cepat menangkap sesuatu sebagai bentuk tampak.
Bagaimanapun, terdapat satu teknik yang sentiasa boleh digunakan untuk menjawab mana – mana soalan padankan dalam dunia ini:
