Pertandingan Namakan 20 Bulan Zuhal Dibuka, Reaksi Netizen Memang Dah Agak.

Setelah 20 bulan baru ditemui mengorbit Zuhal, pertandingan telah dibuka untuk membantu saintis menamakan objek – objek angkasa tersebut.

Dan seperti yang dah dijangka, reaksi netizen sememangnya cukup ‘kelakar’.

https://twitter.com/hclint4444/status/1181298330728464386

Dengar saja mengenai pertandingan menamakan sesuatu di internet ini, netizen terus menyambar peluang untuk meneruskan tradisi lagenda ‘Boaty McBoatface’, lantas mencadangkan nama ‘Moony McMoonface‘ untuk diterima kumpulan saintis tersebut.

Bagi yang mungkin tidak tahu menahu langsung mengenai lagenda moden terhebat Boaty McBoatface ini, pendeknya ia adalah nama yang mendapat undian tertinggi dalam pertandingan menamakan kapal kajian milik United Kingdom.

Namun, dengan mencabuli prinsip demokrasi secara kejamnya, cadangan tersebut ditolak mentah – mentah dan kapal tersebut dinamakan dengan panggil RRS Sir David Attenborough. Buat apa buat pertandingan undian ye tak kalau tak terima pilihan majoriti?

Format nama Boaty McBoatface yang menang di hati netizen ini bagaimanapun terus hidup dalam pelbagai undian penamaan alam maya.

Namun, sebenarnya terdapat satu lagi trend yang mencabar Moony McMoonface, iaitu menamakan bulan – bulan tersebut dengan nama artis – artis Kpop.

https://twitter.com/flopklass/status/1181683581434961920

Um.

Jadi adakah nama – nama tersebut berkemungkinan diterima? Tidak, kerana format nama yang diusulkan oleh Carnegie Science hanyalah daripada asal usul Inuit, Norse dan Gallic.

Tapi, entah. Kalau anda spam banyak – banyak nama tersebut mungkin boleh diterima?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts