Spesis burung cenderawasih (bird-of-paradise, Lophorina superba ) ini terkenal dengan bulu sehitam ‘vantablack’nya yang menyerap 99.95 peratus cahaya lantas menjadikannya tersangat hitam.

Vantablack merupakan bahan ciptaan manusia yang dianggap paling hitam dalam dunia kerana mampu menyerap 99.965 peratus cahaya menggunakan teknologi nano pemerangkap cahaya. Penemuan hidupan yang sehitam bahan berteknologi nano ciptaan manusia di alam semula jadi mendatangkan kejutan kepada pengkaji.
Burung cenderawasih Vogelkop ini dapat ditemui di Papua Barat Indonesia.
Burung berwarna hitam yang kita biasa temui (seperti gagak) sebenarnya tidaklah sepenuhnya hitam. Bulu mereka menyerap kebanyakan cahaya tampak yang menghentam tubuh mereka, tetapi masih memantulkan 3 ke 5 peratus cahaya tersebut.
Namun bulu burung Vogelkop ini menyerap cahaya dengan sangat banyak sehingga ia kelihatan seperti lubang hitam dalam realiti kita. Mereka lebih hitam daripada hitam.
Kehitaman ini dapat diterangkan menerusi struktur mikroskopi pada bulunya. Bulu burung hitam yang biasa miliki satu gandar utama yang dipanggil rachi. Ranting – ranting bulu nipis, barb, bertunas daripada rachi, dan ranting yang lebih nipis bertunas daripada barb yang dipanggil barbule. Kebiasaannya struktur ini mendatar. Tetapi bulu burung cenderawasih super hitam ini melengkung ke atas dan berceracak.

Apabila serbuk emas ditabur pada bulu burung hitam yang biasa, ia kelihatan keemasan. Namun apabila serbuk emas ditabur pada burung cenderawasih super – hitam, ia masih kelihatan hitam.

Apabila burung Vogelkop jantan ingin menarik perhatian burung Vogelkop betina, ia mengembangkan tubuhnya yang miliki corak neon turquioise, lantas menghasilkan ilusi seolah wajah yang muram dikelilingi kehitaman.
