Selesaikan Masalah Bagaimana Bentuk Keropok Pringles Muat dalam Tin, Pringles Beri Pelajar PhD Ini Stok Percuma

Mungkin ada sesetengah daripada kita pernah tertanya kenapa keropok Pringles itu bentuknya pelik? Kenapa tak bentuk rata saja?

Bentuk Pringles.

Dan mungkin lebih aneh, bagaimana keropok tersebut boleh muat dengan begitu cantik di dalam tin Pringles yang berbentuk silinder?

Hal ini dijelaskan oleh seorang pelajar PhD dalam ciapan Twitternya:

Menurut Berger Dillon, keropok Pringles sebenarnya berbentuk paraboloid hiperbolik yang diplot pada domain berbentuk bulat.

Paraboloid hiperbolik adalah bentuk dua permukaan yang melengkung yang menyerupai pelana kuda. Ia miliki bentuk cekung (concave) pada satu paksi, dan bentuk cembung (convex) pada paksi lain.

Bentuk Paraboloid Hiperbolik

Juga, Dillon mendapati bahawa kawasan sokongan Pringles sebenarnya agak bujur, bukan bulat sepenuhnya.

Seorang pengguna lain kemudian mengira parameter tepat Pringles menggunakan Kalkulator Graf dan Realiti Buatan.

Menurut bebenang tersebut, sebab utama mengapa Pringles dibentuk sedemikian adalah untuk memudahkan ia dipegang dan diambil keluar daripada tin.

Begitu juga, bentuk ruangan kosong dalam mulut kita antara lidah dengan lelangit mulut juga berbentuk paraboloid hiperbolik.

Tapi kenapa pula tangan kita (sesetengah orang) tidak muat untuk masuk ke dalam tin silinder Pringles?

Jawapannya adalah keratan rentas berbentuk bulatan yang paling kecil pada kelebaran tangan kita adalah lebih besar daripada tiub.

Melihat bebenang ini, akaun Pringles rasmi kemudian mencelah:

Dan sebagai penghargaan kerana memikirkan Pringles secara matematik, Dillon kemudian memperoleh stok keropok tersebut secara percuma daripada Pringles.

Jadi lepas ni kita perlu bawa kalkulator sambil makan mana – mana makanan segera. Mana tahu.

Total
236
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Posts