• Latest
  • Trending
  • All
  • Santai
  • Berita Pendidikan
  • Artikel AJAR
  • Video
Kenapa Orang Takut Matematik?

Kenapa Orang Takut Matematik?

28 November 2020
Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Advertisement Banner
ADVERTISEMENT
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

18 January 2021
Apa Pentingnya Etnozoologi?

Apa Pentingnya Etnozoologi?

17 January 2021
Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

8 January 2021
Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

29 December 2020
Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

20 December 2020
5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

15 December 2020
Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

13 December 2020
Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

11 December 2020
Penaakulan Logika yang Anda Kena Tahu Sebelum Mengecam di Media Sosial

Penaakulan Logika yang Anda Kena Tahu Sebelum Mengecam di Media Sosial

6 December 2020
  • Polisi Privasi
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR
Monday, 25th January, 2021
No Result
View All Result
AJAR
  • Utama
  • Artikel AJAR
    Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

    Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

    Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

    Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

    Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

    Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

    Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

    Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

    Apa Pentingnya Etnozoologi?

    Apa Pentingnya Etnozoologi?

    Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

    Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

    Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

    Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

    Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

    Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

  • Berita Pendidikan
    Ini Cara Pinjam 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Percuma yang Ditawar Perpustakaan Negara.

    Ini Cara Pinjam 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Percuma yang Ditawar Perpustakaan Negara.

    Pensyarah Bertanjak Peroleh PhD di Oxford untuk Tunjuk Hebatnya Bangsa Ini

    Pensyarah Bertanjak Peroleh PhD di Oxford untuk Tunjuk Hebatnya Bangsa Ini

    Selesaikan Masalah Bagaimana Bentuk Keropok Pringles Muat dalam Tin, Pringles Beri Pelajar PhD Ini Stok Percuma

    Selesaikan Masalah Bagaimana Bentuk Keropok Pringles Muat dalam Tin, Pringles Beri Pelajar PhD Ini Stok Percuma

    Plagiat Content, Saluran Indonesia dengan 12 Juta Subscribers Dipadam Youtube

    Plagiat Content, Saluran Indonesia dengan 12 Juta Subscribers Dipadam Youtube

    "McD Bukan Tempat Belajar!" Netizen Suarakan Tidak Puas Hati Pelajar Jadikan Restoran Segera Perpustakaan Mereka.

    “McD Bukan Tempat Belajar!” Netizen Suarakan Tidak Puas Hati Pelajar Jadikan Restoran Segera Perpustakaan Mereka.

    FOLDSCOPE – Mikroskop Origami Yang Boleh Dipasang Anak 7 Tahun!

    FOLDSCOPE – Mikroskop Origami Yang Boleh Dipasang Anak 7 Tahun!

    7 Tahun Dah Buat Video Ulas Model Angkasa Lepas

    7 Tahun Dah Buat Video Ulas Model Angkasa Lepas

    Saintis Muslimah Ini Temui Galaksi Baru yang Kemudian Dinamakan dengan Nama Beliau

    Saintis Muslimah Ini Temui Galaksi Baru yang Kemudian Dinamakan dengan Nama Beliau

  • Santai
    Soalan Ujian Kecerdasan 'Pelik' Ini Buat Orang Garu Kepala

    Soalan Ujian Kecerdasan ‘Pelik’ Ini Buat Orang Garu Kepala

    Membetulkan 100 Mesej Bahasa Wechat!

    Membetulkan 100 Mesej Bahasa Wechat!

    Peta Interaktif Ini Bolehkan Kita Bandingkan Saiz Objek - Objek Terbesar di Alam Semesta.

    Peta Interaktif Ini Bolehkan Kita Bandingkan Saiz Objek – Objek Terbesar di Alam Semesta.

    5 Kajian Saintifik Yang Diberi Anugerah Sebab 'Terlalu Merepek' (2019)

    5 Kajian Saintifik Yang Diberi Anugerah Sebab ‘Terlalu Merepek’ (2019)

    Lihat Bagaimana Budak Dua Tahun Ini 'Selesaikan' Masalah yang Menghantui Ahli Falsafah Puluhan Tahun.

    Lihat Bagaimana Budak Dua Tahun Ini ‘Selesaikan’ Masalah yang Menghantui Ahli Falsafah Puluhan Tahun.

    Peta Interaktif Ini Tunjuk Kat Mana Kita Keluar Kalau Kita Korek Terus Ke Dalam Tanah

    Peta Interaktif Ini Tunjuk Kat Mana Kita Keluar Kalau Kita Korek Terus Ke Dalam Tanah

    Pertandingan Namakan 20 Bulan Zuhal Dibuka, Reaksi Netizen Memang Dah Agak.

    Pertandingan Namakan 20 Bulan Zuhal Dibuka, Reaksi Netizen Memang Dah Agak.

    Ujian Penjawat Awam Tular. Apa XXX?

    Ujian Penjawat Awam Tular. Apa XXX?

  • Video
    • All
    • Video Ajar
    • Video Info
    • Video Santai
    Ucapan Graduan Terbaik UIA yang Viral

    Ucapan Graduan Terbaik UIA yang Viral

    Ilusi Optik - Bila Mata pun Menipu!

    Ilusi Optik – Bila Mata pun Menipu!

    Kenapa Jam Pusing Arah Jam?

    Kenapa Jam Pusing Arah Jam?

    Macam Mana Duit Kertas Boleh Ada Nilai?

    Macam Mana Duit Kertas Boleh Ada Nilai?

    Persamaan Matematik Paling Cantik

    Persamaan Matematik Paling Cantik

    Kenapa Orang Takut Matematik?

    Paradoks Paling Best – Paradoks Kejutan

    Bumi Sebagai Hamparan?

    Bumi Sebagai Hamparan?

    3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman!

    3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman!

    Krisis Pencairan Antartika

    Krisis Pencairan Antartika

  • Fantasains
  • Shop
  • Sumbangan
AJAR
Home Artikel AJAR
Kenapa Orang Takut Matematik?

Kenapa Orang Takut Matematik?

Asmila Syahmah by Asmila Syahmah
28 November 2020
in Artikel AJAR
0
1.6k
SHARES
791
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang merasakan matematik antara subjek yang sukar kerana subjek ini dianggap ‘kering’, tiada roh dan membosankan. Satu habuk tak faham! Itu sebabnya masih ramai yang tidak menguasai ilmu ini kerana ketakutan yang melanda. Kalau tak, takdela istilah “Mathematical Anxiety”(Keresahan Bermatematik) dan “Mathemaphobia” dalam ilmu psikologi kan.

KERESAHAN BERMATEMATIK

Jika ditinjau kajian-kajian semasa berkenaan masalah utama pelajar Malaysia untuk menguasai ilmu ini adalah kerana satu persepsi telah menguasai pemikiran mereka. Matematik hanyalah bersifat kuantitatif dan tiada erti. Hanya beberapa perkara sahaja yang berguna dalam kehidupan.

Tetapi, tahu tak, ilmu matematik muncul kerana nilai dan roh yang terletak padanya.

NILAI MATEMATIK

Aik? Macam mana pula tu?

Ya. llmu matematik itu bukan hanya bersifat kuantitatif (hanya melibatkan nombor dan pengiraan) tetapi, asas sifatnya ialah kualitatif. Ahli matematik terdahulu menganalisa keadaan sekitar dan diterjemahkan melalui ilmu matematik untuk mendapatkan satu pembuktian nyata. Maka, barulah terhasil teori, formula, konsep, postulat dan sebagainya.

Macam kita lah kan. Bila nak sesuatu, baru kita bina satu strategi atau cara untuk dapatkan benda tu. Tapi, permulaannya mesti sebab keinginan dan pemerhatian kita. Mustahil tiba-tiba pula boleh wujud strategi tu dalam pemikiran kita. Iye dok?

Perkara yang sama juga berlaku pada ilmu Matematik. Ada sebab dan nilai mengapa wujudnya ilmu ini.

ADVERTISEMENT

Cuba kita baca beberapa contoh kat bawah ni.

  1. Ilmu nombor tercipta kerana pengamatan tamadun Yunani terhadap konsep ketuhanan. Fitrah manusia merasakan kita bertuhan. Di situlah bermulanya pencarian. Sehingga terlahirlah nombor satu. Tamadun Yunani menganggap nombor satu ini sebagai penjana nombor. Satu itu melambangkan ketuhanan, yang bersifat unik dan tidak terbanding dengan mana-mana makhluk.
  2. Persoalan atom sebagai juzuk terkecil  menjadi perbahasan panjang dalam tamadun Yunani dan tamadun Arab kerana kepercayaan Yunani pada falsafah atomismenya. Sedangkan orang Islam berpegang pada ayat Allah dalam surah Yunus ayat 61 yang menerangkan tentang atom atau zarah bukan juzuk terkecil. (Boleh buka al-Quran ya semua). Perkara ini berlanjutan sehingga menerbitkan siri geometri, had, keselanjaran dan konsep berkaitan. Malah, turut menyumbang kepada kewujudan ilmu Kimia.
  3. Persamaan kuadratik mula dikaji bagi menyelesaikan masalah umat Islam dalam isu pemecahan tanah. Dan terus dikembangkan untuk mencari nilai sesuatu yang tak diketahui.
  4. Jumlah sudut 180 darjah dalam sebuah segi tiga dan 360 darjah sudut sebuah bulatan dipilih oleh masyarakat Babylon berdasarkan sistem kepercayaan mereka, yang kemudiannya diganti pula dengan sistem sepuluh oleh al-Khawarizmi yang turut ada falsafahnya.
  5. Aljabar (algebra) digunakan untuk menyelesaikan masalah pembahagian pusaka yang melibatkan pemecahan tanah atau pengaliran saliran air melalui kawasan tertentu. Ilmu ini dikaji secara bersepadu dengan bidang fiqh.

Dan banyak lagi. Jenuh nak tulis semua. Kita kongsi sikit-sikit dulu nak bagi buka minda.

Nampak tak bukti bahawa ilmu matematik ni sebenarnya sarat dengan nilai, budaya dan agama. Dan asasnya kerana ingin mencari Sang Pencipta. Tapi, fakta ini hilang bila ilmu ini mula dikembangkan di Eropah.

ADVERTISEMENT

HILANGNYA NILAI MATEMATIK

Peringkat awal ilmu ini dibawa ke Eropah daripada tamadun Islam oleh Fibonacci sewaktu Eropah baru berkembang daripada Zaman Kegelapan kepada Zaman Pembaharuan Renaissance. Nilai dan budaya masih ada pada ilmu ini sehingga ke era Newton. Tetapi, selepas era Newton, ilmu matematik telah dipisahkan daripada nilai dan agama.

Faktor pertembungan institusi gereja dan perkembangan matematik menyebabkan masyarakat Eropah tidak selesa mengaitkan Matematik dan agama atau ketuhanan. Dan dipercayai, faktor utama menyumbang kepada permasalahan ini ialah kewujudan falsafah Rene Descartes, yang merupakan seorang sarjana matematik Eropah.

Beliau telah membangunkan sistem falsafah mekanisme, yang menghakis nilai-nilai agama dan budaya pada ilmu matematik. Lalu, ilmu Matematik dikembangkan dengan kefahaman bahawa alam ini hanyalah mesin besar yang dipenuhi zarah bergerak bebas dan merdeka daripada kewujudan Tuhan. Yang relevan hanyalah sekadar mematematikkan ‘mesin’ di hadapan mereka kerana tidak ada kewujudan lain di samping ‘mesin’ itu.

PERTUKARAN NAMA TOKOH ASAL PENEMUAN ILMU

Maka, sejarah telah diolah. Nilai itu dicantas dan ditempek cerita berkenaan nilai budaya mereka. Nama-nama tokoh digantikan dengan nama mereka. Antaranya,

  • Al-Khawarizmi telah ditukar nama menjadi Algorithm.
  • Ilmu optik diasaskan oleh Ibnu al-Haitham, tetapi, diangkatnya Newton kepada dunia.
  • Al-Khazani telah menerangkan berkenaan graviti pada kurun ke-12. Tetapi, Newton yang baru hidup pada kurun ke-17 didakwa sebagai penemu teori ini oleh Barat. (Hah! Yang kita belajar konon Newton tengok buah epal jatuh tu. Propaganda je tu.)
  • Konsep kongruen modulo telah diasaskan oleh al-Khawarizmi, tetapi, dikhabarkan bahawa Gauss yang menemuinya.
  • Penulisan nombor pecahan telah ditulis oleh Samuel al-Maghribi. Tetapi, dikatakan Simon Stefan pengasasnya.
  • Konsep trigonometri telah dibuktikan oleh Ibn Yunus al-Safadi, Abu al-Wafa al-Buzajani dan al-Battani. Tetapi, Regiomontanus mendapat nama.
  • Geometri koordinat telah diasaskan oleh Umar Khayyam. Tetapi, Descartes juaranya.
  • Polinomial dikaji secara mendalam oleh al-Karaji dan Samuel al-Maghribi dan menamakan segi tiga pekali kembangan binomial sebagai segi tiga Samuel al-Karaji. Malangnya, ditukar kepada segi tiga Pascal.

Malah, pencapaian tamadun India dan Cina turut diubah. Oleh sebab itu, ilmu matematik yang dipelajari kini tiada nilai, kerana yang menulisnya juga adalah yang menolak nilai. Lalu, diolah mengikut kehendak mereka. Mereka juga yang dipandang tinggi akhirnya. Hakikatnya, hampir keseluruhan ilmu hanyalah disalin lalu ditempek nama. Mudah betul kerja.

MATEMATIK UNTUK KENAL ALLAH

Jadi semua, kita perlu buka semula minda kita dan fahami nilai serta asas utama ilmu matematik supaya minat kita mekar bak bunga terhadap ilmu ini. Ceh!

Ilmu matematik bukan hanya sembarangan ilmu yang tidak penting, tetapi, ilmu inilah yang paling penting sehinggakan ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa ilmu matematik ibu kepada semua ilmu.

Pentingnya kita memahami konsep matematik ini bukanlah hanya semata-mata kerana kehendak sistem, tetapi, demi pembentukan diri kita sendiri untuk belajar sampai kepada Sang Pencipta. Barulah kita nampak kepentingan STEM bukan sekadar dalam konteks materialistik, tetapi, mungkin suatu keperluan untuk memenuhi kehendak dan keperluan semasa manusia. Jadi, bila dah faham, pasti lebih ramai golongan cerdik pandai mampu dilahirkan dalam bidang STEM ini.

Malah, dalam kitab-kitab ulama banyak disebut berkenaan Matematik sebagai satu keperluan asas kehidupan. Sehinggakan Imam Syafie’ menyebut bahawa “Sesiapa yang mempelajari ilmu matematik, akalnya cemerlang.”

Jom kembalikan nilai dan roh pada matematik. Konfem seronok belajar kan!

RUJUKAN :

  1. Bicarawara Sains Islam, Mat Rofa Ismail.
  2. Etnomatematik : Matematik Dalam Kehidupan Masyarakat, suntingan Sharifah Kartini Said Husain, Mohd Rohaizat Abdul Wahab dan Zuliskandar Ramli.
  3. Falsafah Matematik, Abdul Latif Samian.
  4. The Human’s Complex, Zamir Mohyedin & N.H.M.
  5. Sejarah Aritmetik dan Al-Jabar Islam, Mat Rofa Ismail.

Dapatkan kemaskini terkini berkenaan kategori ini terus ke peranti anda, tekan subscribe

Unsubscribe
Advertisement Banner Advertisement Banner Advertisement Banner
Previous Post

Ilmu Sains dan persamaaan Matematik dikatakan ilmu sihir? Hermes Trismegistus ahli sihir?

Next Post

Misteri Angka – Angka Ajaib dalam Alam Semesta

Related Posts

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?
Artikel AJAR

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?
Artikel AJAR

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?
Artikel AJAR

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Next Post
Misteri Angka - Angka Ajaib dalam Alam Semesta

Misteri Angka - Angka Ajaib dalam Alam Semesta

KETEPATAN MATEMATIK RASULULLAH DALAM PERANG BADAR

KETEPATAN MATEMATIK RASULULLAH DALAM PERANG BADAR

Konjektur Collatz : Semua Nombor akan Jadi 1. Betul Ke?

Konjektur Collatz : Semua Nombor akan Jadi 1. Betul Ke?

Discussion about this post

Media Sosial

  • 192.9k Fans
  • 11k Followers
  • 312k Subscribers
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Koleksi Teka - teki Melayu Tahun 1918 Ini Begitu Halus dan Tersirat

Koleksi Teka – teki Melayu Tahun 1918 Ini Begitu Halus dan Tersirat

13 June 2019
6 Syarikat Teknologi Gergasi yang Jatuh Tersungkur

6 Syarikat Teknologi Gergasi yang Jatuh Tersungkur

16 September 2020
Apa Itu Gelaran Ts?

Apa Itu Gelaran Ts?

3 November 2019
4 Fenomena yang Lagi Laju Daripada Cahaya

4 Fenomena yang Lagi Laju Daripada Cahaya

6 January 2020
Ini 10 Negara Paling Kecil di dunia

Ini 10 Negara Paling Kecil di dunia

1 September 2020
Berhati - hati dengan Trend Baru '#10YearsChallenge'

Berhati – hati dengan Trend Baru ‘#10YearsChallenge’

Mahu Pecahkan Mitos Melayu Malas, Pengguna FB ini Senaraikan Ratusan Nama Melayu Hebat (Makin Bertambah)

Mahu Pecahkan Mitos Melayu Malas, Pengguna FB ini Senaraikan Ratusan Nama Melayu Hebat (Makin Bertambah)

Apa Itu Paradoks?

Apa Itu Paradoks?

Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

5 Eksperimen Merepek yang Entah Kenapa Dibuat Oleh Saintis

5 Eksperimen Merepek yang Entah Kenapa Dibuat Oleh Saintis

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

18 January 2021
Apa Pentingnya Etnozoologi?

Apa Pentingnya Etnozoologi?

17 January 2021

Tentang AJAR

AJAR adalah medium pendidikan gaya baru yang mengetengahkan pendidikan luar silibus, terutama yang menjawab persoalan kenapa.

Ikuti Laman Sosial

Tag Popular

Bahasa Dunia Melayu Fantasains featured mate matematik Sains sejarah teknologi

Terkini

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
  • Polisi Privasi
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR

© Ajar Malaysia - Hak Cipta Terpelihara.
Website anda tak gempak macam ni? Hubungi Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Artikel AJAR
  • Santai
  • Berita Pendidikan
  • Video
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR

© Ajar Malaysia - Hak Cipta Terpelihara.
Website anda tak gempak macam ni? Hubungi Hafiz

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In