• Latest
  • Trending
  • All
  • Santai
  • Berita Pendidikan
  • Artikel AJAR
  • Video
Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

20 December 2020
Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Advertisement Banner
ADVERTISEMENT
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

18 January 2021
Apa Pentingnya Etnozoologi?

Apa Pentingnya Etnozoologi?

17 January 2021
Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

8 January 2021
Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

29 December 2020
5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

15 December 2020
Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

13 December 2020
Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

11 December 2020
Penaakulan Logika yang Anda Kena Tahu Sebelum Mengecam di Media Sosial

Penaakulan Logika yang Anda Kena Tahu Sebelum Mengecam di Media Sosial

6 December 2020
Konjektur Collatz : Semua Nombor akan Jadi 1. Betul Ke?

Konjektur Collatz : Semua Nombor akan Jadi 1. Betul Ke?

4 December 2020
  • Polisi Privasi
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR
Monday, 25th January, 2021
No Result
View All Result
AJAR
  • Utama
  • Artikel AJAR
    Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

    Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

    Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

    Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

    Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

    Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

    Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

    Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

    Apa Pentingnya Etnozoologi?

    Apa Pentingnya Etnozoologi?

    Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

    Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

    Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

    Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

    Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

    Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

  • Berita Pendidikan
    Ini Cara Pinjam 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Percuma yang Ditawar Perpustakaan Negara.

    Ini Cara Pinjam 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Percuma yang Ditawar Perpustakaan Negara.

    Pensyarah Bertanjak Peroleh PhD di Oxford untuk Tunjuk Hebatnya Bangsa Ini

    Pensyarah Bertanjak Peroleh PhD di Oxford untuk Tunjuk Hebatnya Bangsa Ini

    Selesaikan Masalah Bagaimana Bentuk Keropok Pringles Muat dalam Tin, Pringles Beri Pelajar PhD Ini Stok Percuma

    Selesaikan Masalah Bagaimana Bentuk Keropok Pringles Muat dalam Tin, Pringles Beri Pelajar PhD Ini Stok Percuma

    Plagiat Content, Saluran Indonesia dengan 12 Juta Subscribers Dipadam Youtube

    Plagiat Content, Saluran Indonesia dengan 12 Juta Subscribers Dipadam Youtube

    "McD Bukan Tempat Belajar!" Netizen Suarakan Tidak Puas Hati Pelajar Jadikan Restoran Segera Perpustakaan Mereka.

    “McD Bukan Tempat Belajar!” Netizen Suarakan Tidak Puas Hati Pelajar Jadikan Restoran Segera Perpustakaan Mereka.

    FOLDSCOPE – Mikroskop Origami Yang Boleh Dipasang Anak 7 Tahun!

    FOLDSCOPE – Mikroskop Origami Yang Boleh Dipasang Anak 7 Tahun!

    7 Tahun Dah Buat Video Ulas Model Angkasa Lepas

    7 Tahun Dah Buat Video Ulas Model Angkasa Lepas

    Saintis Muslimah Ini Temui Galaksi Baru yang Kemudian Dinamakan dengan Nama Beliau

    Saintis Muslimah Ini Temui Galaksi Baru yang Kemudian Dinamakan dengan Nama Beliau

  • Santai
    Soalan Ujian Kecerdasan 'Pelik' Ini Buat Orang Garu Kepala

    Soalan Ujian Kecerdasan ‘Pelik’ Ini Buat Orang Garu Kepala

    Membetulkan 100 Mesej Bahasa Wechat!

    Membetulkan 100 Mesej Bahasa Wechat!

    Peta Interaktif Ini Bolehkan Kita Bandingkan Saiz Objek - Objek Terbesar di Alam Semesta.

    Peta Interaktif Ini Bolehkan Kita Bandingkan Saiz Objek – Objek Terbesar di Alam Semesta.

    5 Kajian Saintifik Yang Diberi Anugerah Sebab 'Terlalu Merepek' (2019)

    5 Kajian Saintifik Yang Diberi Anugerah Sebab ‘Terlalu Merepek’ (2019)

    Lihat Bagaimana Budak Dua Tahun Ini 'Selesaikan' Masalah yang Menghantui Ahli Falsafah Puluhan Tahun.

    Lihat Bagaimana Budak Dua Tahun Ini ‘Selesaikan’ Masalah yang Menghantui Ahli Falsafah Puluhan Tahun.

    Peta Interaktif Ini Tunjuk Kat Mana Kita Keluar Kalau Kita Korek Terus Ke Dalam Tanah

    Peta Interaktif Ini Tunjuk Kat Mana Kita Keluar Kalau Kita Korek Terus Ke Dalam Tanah

    Pertandingan Namakan 20 Bulan Zuhal Dibuka, Reaksi Netizen Memang Dah Agak.

    Pertandingan Namakan 20 Bulan Zuhal Dibuka, Reaksi Netizen Memang Dah Agak.

    Ujian Penjawat Awam Tular. Apa XXX?

    Ujian Penjawat Awam Tular. Apa XXX?

  • Video
    • All
    • Video Ajar
    • Video Info
    • Video Santai
    Ucapan Graduan Terbaik UIA yang Viral

    Ucapan Graduan Terbaik UIA yang Viral

    Ilusi Optik - Bila Mata pun Menipu!

    Ilusi Optik – Bila Mata pun Menipu!

    Kenapa Jam Pusing Arah Jam?

    Kenapa Jam Pusing Arah Jam?

    Macam Mana Duit Kertas Boleh Ada Nilai?

    Macam Mana Duit Kertas Boleh Ada Nilai?

    Persamaan Matematik Paling Cantik

    Persamaan Matematik Paling Cantik

    Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

    Paradoks Paling Best – Paradoks Kejutan

    Bumi Sebagai Hamparan?

    Bumi Sebagai Hamparan?

    3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman!

    3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman!

    Krisis Pencairan Antartika

    Krisis Pencairan Antartika

  • Fantasains
  • Shop
  • Sumbangan
AJAR
Home Artikel AJAR
Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Asmila Syahmah by Asmila Syahmah
20 December 2020
in Artikel AJAR
0
143
SHARES
2k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kita sering terdengar tentang gandaan pahala sekiranya mengamalkan sesuatu sunnah, selawat dan zikir. Tetapi, pernah tak kita terfikir sekiranya kita tiada kefahaman logik Matematik, bagaimana kita boleh fahami maksud-maksud hadis Rasulullah S.A.W berkenaan dengan amalan-amalan tersebut?

Jurusan Hadis Memerlukan Matematik

Malah, diceritakan oleh Habiburrahman El-Shirazy, seorang sasterawan Indonesia, berkenaan kehidupan beliau yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Hadis bahawa kesedaran pentingnya ilmu Matematik telah subur dalam dirinya ketika itu. Beliau menyatakan bahawa Matematik ini tidak terpisah daripada ilmu-ilmu syariat yang termaktub dalam al-Quran dan Hadis. Malah, pemahaman yang baik tentang logik Matematik akan menjadikan seseorang itu seolah-olah memiliki satu ‘mukjizat’ dalam menyelesaikan kehidupan seharian.

Mungkin inilah faktor utama mengapa ilmu ini dianggap satu magik dan sihir. Hmmm…

Matematik Rasulullah Tingkatkan Kualiti Ibadah

Berpandukan wahyu daripada Allah S.W.T dan kurniaan kecerdasan serta ketinggian pemikiran, Rasulullah S.A.W  telah mendidik para sahabat untuk menjadi lebih produktif dalam urusan harian, tanpa mengetepikan zikrullah kepada Sang Pencipta, tetapi tidak juga dengan menfokuskan kepada zikir dan mengabaikan urusan harian serta tanggungjawab yang lain. Malah, jika ditelusuri sirah-sirah Baginda S.A.W dan para sahabat, kehidupan mereka terlalu padat dengan urusan Negara, masyarakat, dakwah dan keluarga. Terlalu banyak hak yang perlu ditunaikan. Maka, dalam menunaikan hak Allah S.W.T, dengan berpandukan wahyu, logik Matematik telah diajarkan dan digunakan untuk meningkatkan kualiti ibadah manusia seharian.

Kisah Juwairiyah

Cuba kita renungi satu hadis dan kisah Baginda S.A.W dan isteri Baginda, Juwairiyah binti Al-Harits. Antara hadis masyhur yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Daripada Juwairiyah r.a, Nabi S.A.W keluar dari rumahnya pada waktu pagi ketika dia sedang mendirikan solat Subuh di tempat solat dalam rumahnya. Kemudian Baginda S.A.W pulang selepas masuknya waktu Dhuha, dan mendapati Juwairiyah masih di tempat solatnya. Baginda bertanya : “Engkau masih lagi dalam keadaan sepertimana aku pergi tadi.” Juwairiyah menjawab : “ Ya.”  Nabi S.A.W pun bersabda : “Sesungguhnya aku telah menyebut empat kalimah sebanyak tiga kali. Seandainya ditimbang kalimah yang aku sebut itu dengan kalimah yang engkau sebut itu akan mengatasi kalimah-kalimah yang engkau sebut. (Kalimah-kalimah yang aku sebut ialah)

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

“Maha Suci Allah dan pujian untukNya sebanyak jumlah makhluk ciptaanNya, mengkut redhaNya kepada diriNya, menurut berat arsyNya, dan sebanyak tinta kalimah-kalimahNya.”

ADVERTISEMENT

Daripada kisah ini, Juwairiyah telah berzikir sedari waktu Subuh sehinggalah waktu Dhuha. Jika dikira jumlahnya, mungkin logiknya sudah mencecah ribuan. Lalu, Baginda S.A.W mengajarkan zikir yang apabila dibaca hanya 3 kali, mampu menyamai jumlah ribuan zikir Juwairiyah.

Penerangan Konsep Matematik

Cuba kita jelaskan dalam konteks konsep Matematik yang kita belajar di bangku sekolah.

  1. Untuk dapatkan pengiraan waktu Dhuha berdasarkan formula falak ialah,

WAKTU DHUHA = WAKTU SYURUK + 1/3 (WAKTU SYURUK – WAKTU SUBUH)

ADVERTISEMENT

Sudah tentu hasil waktunya perlu mengikut masa dan tempat. Tetapi, secara puratanya, waktu Dhuha akan bermula 28 minit selepas waktu Syuruk. Dan anggaran masa Subuh ke Dhuha, menghampiri 2 jam.

  • Kita cuba anggarkan sekali zikir Juwairiyah adalah dalam sesaat. Maka,

Anggaran 2 jam = 7,200 saat

Berdasarkan anggaran ini, zikir Juwairiyah mungkin mencecah 7,200 kali dengan masa yang diambil hampir 2 jam.

  • Dengan logik Matematik Baginda S.A.W untuk tingkatkan lagi kualiti ibadah tersebut, dengan menyebut satu kali zikir yang diajarkan, mungkin hanya memakan masa 2 ke 3 saat. Dan digandakan kepada 3 kali, dengan jumlah masa yang diambil tidak sampai 10 saat.

Maka, dengan hanya mengambil masa yang tidak sampai 10 saat, empat kalimah yang diajarkan oleh Baginda S.A.W telah mampu menyeimbangi sebanyak 7,200 zikir Juwairiyah yang memakan masa 2 jam. Dan bayangkan sekiranya masa 2 jam itu, dibacakan empat kalimah tersebut, maka anggaran jumlahnya telah menyamai sebanyak 51,840 kali. Semakin bertambah kuantiti dan kualitinya.  Subhanallah!

Kesimpulan

Secara logiknya, agak sukar bagi kita mengamalkan zikir sebanyak puluhan ribu sehari. Sekiranya capai, Alhamdulillah.

Tetapi, dengan logik Matematik canggih yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W, tidak mustahil untuk kita capai angka sebesar itu. Malah, tiada alasan lagi untuk kita katakan tiada masa untuk kita berzikir dalam sehari kita bekerja dan mengendalikan kehidupan. Rasulullah S.A.W telah mengajar kepada kita sesuatu yang mudah dan mampu diterima oleh akal setiap umatnya.

Hakikatnya, ilmu ini adalah ajaran Allah untuk memudahkan manusia melalui wahyu kepada Rasulullah S.A.W untuk disampaikan kepada umat manusia. Kerana Allah S.W.T Maha Mengetahui tahap setiap hambaNya. Mana mungkin Sang Pencipta tidak mengenal ciptaanNya. Cuma kita yang masih sombong dan bongkak untuk berusaha mengenali Sang Pencipta dengan sebenar-benar kecintaan.

Oleh yang demikian, kisah ini antara contoh yang menjelaskan kepada kita bagaimana konsep Matematik menjadi teras oleh Allah untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia sehingga mampu mengimbangi dunia dan akhiratnya.

Tapi kan, bila difikir-fikir balik. Adakah Allah yang telah menggunakan ilmu Matematik, atau manusia yang menggunakan ilmu Allah ini lalu diistilahkan dengan ilmu Matematik?

Sudah tentulah, manusia yang mengkaji dan mengambil ilmu ini daripada sebahagian ilmu Allah berdasarkan sumber-sumber yang disediakan oleh Allah S.W.T, lalu diistilahkan kepada ilmu Matematik. Malah, istilah tersebut juga adalah ilham daripada Allah kerana tiada satupun di dunia ini terlahir tanpa bantuan daripadaNya. Allahuakbar!

Akhir kata, jom sama-sama kita ambil masa beberapa saat untuk lazimi empat kalimat di atas setiap hari. Lagi lama, lagi bagus. Kalau berjam-jam kita mampu habiskan untuk memenuhi tanggungjawab kepada insan yang tersayang, mengapa tidak hanya beberapa saat untuk memenuhi tanggungjawab kita kepada Dia yang paling layak disayang. Kan?

RUJUKAN/ BACAAN LANJUT :

1. Tuhan Pasti Ahli Matematika, Hadi Susanto

2. https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/12/pengiraan-waktu-dhuha-berdasarkan-formula-falak/

3. https://web.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/sahihkah-kelebihan-zikir-seperti-di-dalam-gambarjawapanassalamualaikumzikir-ini-/1967889293238561/?_rdc=1&_rdr

4. https://www.hmetro.com.my/addin/2018/08/373114/pemberat-neraca-amal

Tags: matematik

Dapatkan kemaskini terkini berkenaan kategori ini terus ke peranti anda, tekan subscribe

Unsubscribe
Advertisement Banner Advertisement Banner Advertisement Banner
Previous Post

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

Next Post

Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

Related Posts

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?
Artikel AJAR

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?
Artikel AJAR

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?
Artikel AJAR

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Next Post
Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

Apa Pentingnya Etnozoologi?

Apa Pentingnya Etnozoologi?

Discussion about this post

Media Sosial

  • 192.9k Fans
  • 11k Followers
  • 312k Subscribers
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Koleksi Teka - teki Melayu Tahun 1918 Ini Begitu Halus dan Tersirat

Koleksi Teka – teki Melayu Tahun 1918 Ini Begitu Halus dan Tersirat

13 June 2019
6 Syarikat Teknologi Gergasi yang Jatuh Tersungkur

6 Syarikat Teknologi Gergasi yang Jatuh Tersungkur

16 September 2020
Apa Itu Gelaran Ts?

Apa Itu Gelaran Ts?

3 November 2019
4 Fenomena yang Lagi Laju Daripada Cahaya

4 Fenomena yang Lagi Laju Daripada Cahaya

6 January 2020
Ini 10 Negara Paling Kecil di dunia

Ini 10 Negara Paling Kecil di dunia

1 September 2020
Berhati - hati dengan Trend Baru '#10YearsChallenge'

Berhati – hati dengan Trend Baru ‘#10YearsChallenge’

Mahu Pecahkan Mitos Melayu Malas, Pengguna FB ini Senaraikan Ratusan Nama Melayu Hebat (Makin Bertambah)

Mahu Pecahkan Mitos Melayu Malas, Pengguna FB ini Senaraikan Ratusan Nama Melayu Hebat (Makin Bertambah)

Apa Itu Paradoks?

Apa Itu Paradoks?

Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

5 Eksperimen Merepek yang Entah Kenapa Dibuat Oleh Saintis

5 Eksperimen Merepek yang Entah Kenapa Dibuat Oleh Saintis

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

18 January 2021
Apa Pentingnya Etnozoologi?

Apa Pentingnya Etnozoologi?

17 January 2021

Tentang AJAR

AJAR adalah medium pendidikan gaya baru yang mengetengahkan pendidikan luar silibus, terutama yang menjawab persoalan kenapa.

Ikuti Laman Sosial

Tag Popular

Bahasa Dunia Melayu Fantasains featured mate matematik Sains sejarah teknologi

Terkini

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
  • Polisi Privasi
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR

© Ajar Malaysia - Hak Cipta Terpelihara.
Website anda tak gempak macam ni? Hubungi Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Artikel AJAR
  • Santai
  • Berita Pendidikan
  • Video
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR

© Ajar Malaysia - Hak Cipta Terpelihara.
Website anda tak gempak macam ni? Hubungi Hafiz

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In