Inilah pandangan penemu ‘Fawzal Number’ tentang silibus matematik sekarang!

Di celah-celah kehangatan perdebatan rakyat Malaysia tentang kesukaran silibus Matematik sekarang, jom kita tengok apa pandangan Dr. Aid Fawzal atau nama panjangnya  Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal yang merupakan penemu Nombor Fawzal dengan formulanya tersendiri.

Pandangan ini, beliau telah kongsikan di laman facebook peribadinya.

Menurut beliau, matematik ini menarik kerana fungsinya sebagai bahasa sains yang menceritakan keadaan alam. Setiap yang dilihat, boleh sahaja diceritakan dengan matematik, baik dalam aspek rupa bentuk, pergerakan, keadaan, dan kejadian. Kesemuanya mampu diterangkan dengan bahasa matematik. Jika anak-anak kecil dididik dengan baik untuk memahami alam menerusi bahasa matematik, pasti mereka akan suka matematik.

– Dr. Aid Fawzal

Walau bagaimanapun, Dr. Aid menyatakan bahawa adalah tidak mudah untuk sains alam ini dibawa ke atas kertas kerana beratnya matematik dek konsep-konsep yang perlu dipelajari. Maka, anak-anak ini memerlukan masa, bimbingan dan ketabahan. Berikutan itu, Dr. Aid menyatakan tiga pendapatnya,iaitu ;

  1. Pendidikan awal perlu mudah dan bukan dirumitkan.
  2. Pendidikan awal perlu menyeronokkan, bukan dikejar-kejarkan.
  3. Pendidikan awal perlu cetek tapi penuh pemahaman.

Sambungannya, Dr. Aid memberikan contoh berdasarkan gambar berikut :

Gambar di atas menunjukkan soalan-soalan matematik kejuruteraan yang ringkas dan tidak berbelit. Maka, para pelajar dapat menyelesaikannya dengan mudah dan tidak pening.

Kemudian, beliau bawakan pula contoh kedua yang menceritakan kisah jerih-payahnya untuk mempelajari ilmu matematik sejak di bangku sekolah sehinggalah kegigihannya itu membawa beliau melangkah jauh dan mencipta kejayaan yang menakjubkan apabila terhasilnya Nombor Fawzal daripada kiraan formulanya tersendiri. Terkini, beliau memaklumkan bahawa dua lagi formulasi baru berjaya ditemui. Subhanallah, hebat!

Kredit : Facebook Dr. Aid Fawzal.

Sumber gambar : Laman Funtasticko.net
https://www.funtasticko.net/mesti-baca-dr-ahmad-syahid-ahmad-fawzal-pencipta-konsep-nombor-fawzal-yang-digunakan-oleh-pengeluar-supercar-dan-hypercar-terkemuka/#jp-carousel-37679

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts