Kenapa Abang Ini Tak Jatuh Solat Tempat Cerun?

Ada sebuah gambar tular yang kelakar di mana seorang abang solat di atas satah condong masjid yang cerun, mungkin kerana hari itu solat Jumaat dan masjid sudah terlalu penuh.

Ditulis pada gambar tersebut: “Enggan melawan hukum Allah, pria ini berani melawan hukum Newton”.

Namun jika diperhatikan, terdapat beberapa elemen lain yang menarik berkenaan gambar ini. Di bawah satah tersebut adalah seorang budak yang nampaknya sudah jatuh dan pasrah solat di bahagian kasut. Manakala terdapat seorang budak yang berada di transisi kejatuhan tetapi masih cuba berpaut pada saf condong itu.

Persoalannya, kenapa pemuda berbaju hijau itu berjaya melawan daya tarikan graviti? Adakah kerana terdapat tolakan iman yang tidak dapat diperhatikan? Kenapa pula budak – budak itu tewas?

Daya Geseran

Apabila sebuah objek diletak pada suatu satah condong, ia tidak akan jatuh meluncur selagi mana daya yang disebabkan oleh graviti ke atas objek kurang daripada rintangan daya geseran.

Daya rintangan tersebut dipanggil daya geseran statik, kerana objek tidak bergerak. Persamaannya adalah:

Fss = µ ssN

Di mana

  • Fss adalah daya geseran statik.
  • µss adalah pekali geseran statik untuk dua permukaan yang bergeser.
  • N (atau Fn) adalah daya normal pada tempat berlakunya geseran.

Situasi ini dapat difahami apabila kita mengenal pasti daya – daya yang terlibat.

Daripada rajah tersebut, kita dapat lihat bahawa daya daripada graviti ke atas objek, F2 pada satah condong itu adalah berat objek darab sinus darjah kecondongan.

F2 = mg*sin( ø )

Di mana

  • F2 adalah daya daripada graviti yang menarik objek turun dari satah.
  • sin( ø ) adalah sinus bagi darjah kecondongan ø .

Maka kenapa abang itu tidak jatuh meluncur?

Abang itu tidak jatuh meluncur apabila daya geseran statik melebihi daya graviti yang menarik beliau turun satah.

Fss > F2

Adik – adik itu pula jatuh tergolek kerana daya geseran statik mereka kurang daripada daya graviti yang menarik mereka jatuh dari satah.

Fss < F2

Maka apa pula yang mempengaruhi daya geresan statik? Menurut persamaan berikut:

Fss = µ ssN

Daya geresan statik dipengaruhi oleh pekali geseran statik µ ss .

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi geseran :

  • Keadaan permukaan dua objek yang bersentuhan.
  • Daya yang menekan kedua – dua permukaan. Lebih berat objek, lebih tinggi geseran.

PENTING!! Daya geseran TIDAK dipengaruhi luas permukaan dan kelajuan permukaan.

Maka, disebabkan abang baju hijau itu lebih berat daripada adik – adik kecil itu, daya geserannya lebih besar dan mampu menahan daya tarikan graviti yang menarik beliau jatuh pada satah condong.

Nilai µ ss pula berubah – ubah berdasarkan permukaan mana yang bersentuhan. Berikut adalah beberapa jadual pekali geseran yang direkodkan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts