Rahsia Kenapa Kita Guna Huruf ‘X’ dalam Matematik

Rasanya kita semua ingat waktu kali pertama kita bertemu dengan huruf ‘X’ dalam matematik. Ia adalah satu titik kepelikan di sekolah.

“Eh jap. Matematik ni bukan patutnya pasal nombor ke? Kenapa tiba – tiba disuruh cari nilai huruf?”

Tapi mulanya kita tak kisah sangat, sebab iyalah, apa sangatlah ada satu huruf saja dalam satu persamaan. Ia masih boleh difahami dan diselesaikan.

Tapi kemudian semakin lama, huruf menjadi semakin banyak, dicampak pula simbol Latin, simbol Greek, nombornya entah ke mana. Dalam satu persamaan panjang berjela tu boleh jadi hanya ada satu saja nombor. Aduh sakit kepala.

Cuma, ada satu persoalan yang menarik yang mungkin jarang difikirkan orang:

Kenapa matematik suka guna ‘X’? Kenapa tak huruf G ke, B ke, A ke.

Huruf X sekarang amat sinonim untuk dirujuk kepada sesuatu yang tidak diketahui (anu). Katakan ada seorang lelaki X. Kita letak bahan kimia X. Ada X jumlah benda.

Sebenarnya, asal usul mengapa huruf X ini begitu popular adalah agak menarik.

Asal Usul Mengapa Huruf X Menjadi Anu

Penjelasan mengenai kenapa huruf X dipilih oleh masyarakat dunia sebagai huruf yang melambangkan ketidakpastian diterangkan oleh pengkaji Terry Moore dalam TedTalk beliau

Beliau dapati, bahasa Arab ini merupakan bahasa yang sangat logika. Untuk mereka dan menghasilkan sebuah ayat dalam bahasa Arab adalah seperti menghasilkan persamaan matematik, kerana setiap bahagian adalah sangat terperinci dan bermaklumat.

“Itulah antara sebabnya mengapa apa yang kita anggap sebagai sains dan kejuruteraan dan matematik Barat, sebenarnya terhasil daripada abad terawal oleh orang Parsi, Arab dan Turki”

Terry Moore

Menurut beliau, ini termasuklah satu sistem matematik yang dipanggil al Jabr, yang kemudian dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai algebra.

Teks Arab yang mengandungi pengajaran matematik ini kemudian sampai ke dunia Eropah, iaitu di Sepanyol pada abad ke 11 dan 12.

Apabila ilmu ini sampai, orang Barat sangat berminat untuk menterjemahkannya kepada bahasa Eropah.

Tapi ada masalah. Antaranya adalah ada beberapa bunyi – bunyian Arab yang tidak dapat disebut oleh orang Eropah. Bukan itu saja, bunyi – bunyian tersebut tak dapat dirakamkan oleh huruf – huruf dalam bahasa orang Eropah.

Contohnya adalah huruf ‘shin’ .

Yang disebut dengan bunyi – ‘sh’. Ini begitu susah disebut orang Eropah.

Masalahnya adalah huruf yang banyak digunakan dalam algebra adalah al – shai’ ,

yang bermaksud benda yang tidak diketahui.

Antara contoh teks matematik Arab abad ke 10 yang mencari punca persamaan. Perkataan yang dipetakkan – Al shai’ merujuk kepada anu.

Jadi ini agak bermasalah bagi sarjana – sarjana Sepanyol Zaman Pertengahan yang disuruh menterjemahkan tulisan – tulisan Arab ini, sebab huruf shin dan perkataan al-shai’ tak dapat diterjemah kepada bahasa Sepanyol, sebab mereka tiada bunyi ‘sh’.

Jadi mereka pun mencipta peraturan di mana mereka meminjam bunyi ‘ck’ daripada bahasa Yunani klasik, dalam bentuk huruf ‘kai’ .

Kemudian apabila bahan – bahan yang diterjemah ini dialih pula bahasanya dalam bahasa Latin yang digunakan ramai orang Eropah.

Lambat laun, orang Eropah mula menukar huruf Yunani Kai ini kepada huruf X Latin.

Maka apabila bahan yang diterjemah asalnya daripada bahasa Arab ini diguna pakai dalam bahasa Latin, ia kemudian menjadi asas semua buku teks matematik selama 600 tahun.

Maka kita sekarang temui jawapan bagi soalan kita: Kenapa huruf X mewakili yang tak diketahui?

Sebab orang Sepanyol tak dapat sebut bunyi ‘sh’

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts