GRIT – Sebab Kenapa IQ Tinggi Tak Semestinya Dapat Markah Bagus

Korang tau tak? Pada tahun 2016, seorang saintis sosial barat yang telah menukilkan perihal kegigihan ataupun “Grit”. Dia ialah Angela Lee Duckworth, seorang Professor Ulung Universiti Pennsylvania yang mengkaji dalam bidang psikologi dan sains sosial.

Dalam bukunya iaitu Grit: The power of passion and perseverance dia membincangkan perihal betapa kegigihan bukan sekadar kepintaran otak dan ketinggian IQ sahaja yang membuahkan kejayaan seseorang. Buku ni hebatnya mampu bertahan pada carta buku terlaris (best seller) atau laku keras The New York Times selama 21 minggu! Yang lagi menarik ialah Duckworth telah berjaya meletakkan perkataan “Grit” sebagai satu trend dalam dunia polisi Pendidikan di Amerika Syarikat.

Duhhh! Bukan ke benda ni suatu common sense yang semua orang tahu? Amende la omputeh ni benda remeh pon nak diperbesar-besarkan lepaih tu buat duit melalui jualan buku.

Sebenarnya beliau berketurunan Cina yang berasal dari Amerika.

Kajian dan Data

Pada mula karier pendidikannya sebagai seorang guru, Duckworth mendapati bahawa ketinggian markah ujian dalam kelasnya bukanlah bergantung kepada IQ pelajar-pelajar di dalam kelasnya. Yang mempunyai IQ yang paling tinggi tidak semestinya mencapai markah yang elok dalam ujian dan sebaliknya pada yang mempunyai IQ beshe-beshe.

Jadi dia mengeluarkan satu persoalan yang baginya agak penting untuk dijawab. Apakah kebolehan seseorang manusia untuk mempelajari dengan cepat dan mudah itu akan menjadikan seseorang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan? Dalam erti kata lain, adakah sekiranya kita mampu menghafal dan memahami sesuatu konsep dalam masa yang singkat akan menjadikan anda seorang insan yang mampu menerobosi kehidupan yang fana ini dengan jayanya?

Jadi apa dia buat, dia pergi sambung pengajian dalam bidang psikologi, mengkaji kanak-kanak dan dewasa daripada latar yang adi sukar (super challenging) bagi menjawab satu persoalan yang asas:

“Siapa yang berjaya di sini dan kenapa?”

Duckworth dan teman-teman melakukan kajian terhadap akademi askar dan kaji siapa yang akan kekal dalam latihan dan siapa yang akan menarik diri. Mereka juga melakukan kajian terhadap peserta “National Spelling Bee” dan mengkaji peserta mana yang akan pergi ke pusingan yang paling jauh. Tak cukup lagi, mereka juga pergi ke kawasan yang mempunyai sekolah-sekolah yang bermasalah dan mengkaji cikgu mana yang akan bertahan di tempat-tempat tersebut dan mampu meningkatkan pembelajaran pelajar dan pelbagai lagi kajian yang telah dilakukan.

Penamatan latihan ketenteraan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di UK. Perlukan banyak grit ni!

Penamatan latihan ketenteraan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di UK. Perlukan banyak grit ni!

Dalam konteks-konteks yang berbeza tadi, Duckworth perasan bahawa intelek sosial, kehenseman dan kecantikan, kesadoan dan yang paling penting IQ tidaklah menjadi penyebab utama mengapa seseorang itu berjaya.

Satu persamaan yang ada pada semua subjek kajian yang berjaya ada ialah “Grit”.

Grit

                Jadi apa itu Grit? Grit ialah kesungguhan (passion) dan ketabahan (perseverance) untuk matlamat jangka masa lama. Grit ialah stamina untuk menghadapi hari-hari bukan hanya untuk minggu yang akan datang, bulan yang akan datang malah tahun yang akan datang. Ini juga ditambah dengan pembantingan tulang yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan masa depan dan matlamat anda menjadi realiti. Dalam Bahasa Melayu orang cakap gigih. Kan senang gitu.

                Duckworth dan rakan-rakan sekali lagi melakukan kajian terhadap beribu-ribu pelajar di sekolah-sekolah awam Chicago. Mereka dikehendaki untuk menjawab soal selidik grit dan setelah setahun, data mereka diambil sekiranya mereka berjaya menamatkan persekolahan ataupun tidak. Ye, diorang amik kira tentang status lain yang objektif contohnya pendapatan keluarga, markah peperiksaan, malah betapa mereka rasa selamat di sekolah (alah sekolah US kan suka tembak-menembak. Haha “First World Country”. Korang rasa takut nak pi sekolah kat Malaysia ni pun sebab cikgu disiplin dan demerit.) Dapatan mereka ialah, pelajar yang tinggi markah gritnya akan berjaya menamatkan sekolah dengan jumlah yang ketara.

Konklusi Duckworth ialah, tidak kisahlah siapa anda, seorang youtuber, pembakar biskut, pelajar anyaman bakul, grit anda akan menentukan betapa jauh anda akan pergi dalam kehidupan.

Macam mana nak tingkatkan grit?

                Jadi kalau grit ni merupakan faktor yang paling penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya macam mana kita nak tingkatkan grit kita?

Jawapannya ialah: Duckworth sendiri pun tak tahu.

Duckworth sendiri mengakui banyak lagi sains tak tahu pasal grit ni. Yelah, camne nak tau seseorang tu gigih ke tak. Kalau tanya asyik dapat jawapan, hanya Tuhan yang layak judge usaha aku.

Apa yang pasti daripada kajian Duckworth ialah bakat (talent) anda takkan menjadikan anda seorang yang gritty. Ramai je orang yang berbakat dalam kajian ni tetapi tak komited dan akhirnya tak berjaya dalam sesuatu perkara. Malahan, lagi menariknya dapatan kajian menunjukkan grit mempunyai persamaan songsang (inversely related) dengan bakat!

Setakat ini, idea yang paling menarik Duckworth boleh terima untuk meningkatkan grit ialah dengan “Growth Mindset” (Mindset Tumbesaran). Idea bahawa kebolehan anda untuk belajar bukanlah kaku dan tetap, tetapi berubah-ubah mengikut usaha dan daya yang kita letak. Dalam kajian ini, sekumpulan kanak-kanak yang telah diajar bahawa otak akan berkembang sekiranya dicabar dengan onak duri, adalah lebih tabah menghadapi cabaran apabila mereka gagal. Ini kerana mereka percaya bahawa kegagalan bukan selama-lamanya!

Jadi, sekiranya kita ingin menjadi gritty berjaya dalam kehidupan, kita seharusnya bersedia untuk gagal, membuat kesilapan, memulakan semula DENGAN SYARAT kita belajar daripada kesilapan-kesilapan tersebut! Lepas ni jangan mengada pergi langgar PKP merentasi negeri dan cakap kat abam pulis, Azri cakap nak dapatkan grit kena melakukan kesalahan!

Istiqamah lebih tinggi daripada grit!

Anda tahu tak, umat Islam telah diajar dengan konsep teguh mengikuti suatu jalan 1441 tahun yang lepas. Bukan sekadar teguh untuk mencapai matlamat sesuatu, tetapi juga dengan harapan agar Allah meredhai perjuangan kita melakukan sesuatu. Seseorang muslim itu juga akan tetap kekal dengan perjuangannya mencapai matlamat kerana ia memahami bahawa tiada suatu ujian pun yang Allah telah berikan kepadanya melainkan dengan kemampuan dan dayanya dan sekiranya ia menghadapi kesukaran ia tahu bahawa Allah ada bersamanya.

“Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya” (Al-Baqarah, 2:286)

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Ahqaf, 46:13)

Dekat sini perlu ditekankan bahawa, kita tidak boleh mengetepikan kajian-kajian sains, namun belajar daripadanya, malah bekerja keras lebih daripada dapatan kajian kerana matlamat duniawi punyai pengakhirannya. Selepas anda memperolehi markah 100 then what’s next? Selepas anda dapat biasiswa MARA then what’s next? Selepas anda menjadi Hokage what’s next? Adakah anda akan berhenti menjadi gritty?

Namun matlamat seorang muslim adalah untuk masuk syurga dan mendapat redha Allah dan kita takkan mencapainya sehingga kita menghembuskan nafas terakhir. Maka bukankah sepatutnya seorang muslim itu adalah seorang yang gritty sampai mati?

Best gak boleh buat tagline, gritty sampai mati!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts