Kita Rupanya Menelan Plastik Tanpa Sedar. Ini Makanan yang Mengandungi Plastik yang Kita Tak Tahu.

Tidak dinafikan, penciptaan plastik merupakan suatu “8th wonder of the world” ataupun antara ciptaan ulung manusia. Terlalu banyak kegunaan dan kelebihan plastik yang menyebabkan penggunaan yang meluas di sekeliling barangan harian anda. Namun begitu, plastik bukanlah suatu ciptaan yang sempurna dan mempunyai ciri-ciri buruk yang menyebabkan plastik dipersetankan pada abad ke-21 ini.

Antara sebab terbesar mengapa plastik dibenci ialah:

  1. Toksik kepada kebanyakan, jika tidak semua benda hidup sekiranya ditelan.
  2. Mengambil masa yang terlalu lama untuk diuraikan (decompose), menjadikan plastik suatu pencemaran pandangan dan juga alam.

Malangnya, kita baharu sahaja mengetahui kesan buruk plastik terhadap alam sekitar, dan sudah terlewat menangisi bubur. Lebih mengerikan lagi, pencemaran plastik kini adalah di luar kawalan di laut Bumi dan sehinggakan terdapat pulau yang diperbuat daripada plastik.

Rupa plastik yang seakan-akan makanan bagi hidupan laut menyebabkan plastik dimakan oleh hidupan tersebut. Akhirnya, yang memakan hidupan laut seperti ikan, ketam dan udang ini ialah manusia yang membuang sampah plastik merata-rata.

Berapa Banyak Plastik dalam Makanan Laut?

Pada 9 Julai 2020, Riberio et al. (2020) (et al. = dan rakan-rakan) daripada The University of Queensland, Australia telah menerbitkan artikel yang melakukan analisis terhadap nilai kandungan plastik mikro yang terkandung di dalam makanan laut komersial di Australia.

Ini merupakan suatu kerja yang agak baru dan berimpak besar dalam bidang kualitatif plastik mikro. Riberio et al. (2020) menggunakan teknik kromatografi gas di mana bahan uji kaji tersebut akan dibakar dan segala molekul akan terurai lalu dibaca oleh mesin kromatografi. Makanan laut yang di uji kaji oleh Riberio et al. ialah:

  1. Ikan Sardin liar
  2. Tiram ternak
  3. Udang ternak
  4. Ketam liar
  5. Sotong liar

Kajian kromatografi gas tersebut telah menemui beberapa molekul plastik berserta contoh produk asal yang agak mengejutkan iaitu:

  1. Polyvinyl chloride (PVC) – batang paip plastik
  2. Polystyrene (PS) – bekas makanan, bekas simpanan berinsulasi
  3. Polypropylene (PP) – penutup botol air, perabot plastik
  4. Polymethyl methacrylate (PMMA) – barangan acrylic, lampu kereta, kanta lekap
  5. Polyethylene (PE) – botol air, beg plastik harian

Dapatan Analisis

Berikut pula merupakan gambar rajah yang menunjukkan kandungan plastik untuk setiap gram makanan:

Menurut rajah di atas, setiap makanan laut yang telah diuji kaji mengandungi plastik yang di mana sotong dan udang merupakan makanan yang paling kurang; pada 0.04 dan 0.07 mg per g tisu; dan ikan sardin mempunyai kuantiti plastik yang agak membingungkan iaitu 2.9mg perg tisu. Lagi mengejutkan ialah,kandungan PE dalam ikan sardin adalah sangat tinggi, lebih kurang 2.5 mg per g tisu.

                Dengan dapatan ini Roberio et al, berikut merupakan potensi penelanan plastik melalui pemakanan makanan laut ialah seperti di dalam kotak merah pada jadual di bawah:

Melalui kajian analisis biologikal, fisiologikal, anatomi dan habitat setiap haiwan yang telah diuji kaji, beberapa hipotesis telah dikeluarkan bagi menerangkan mengapa kandungan plastik mikro berbeza-beza.

  1. Sotong – kandungan plastik yang paling sedikit. Hidup di dalam zon mesopelagik, ~300m dalam laut. Mungkin kerana semakin dalam kita berada di dalam laut, semakin kurang kandungan plastik. Mungkin juga atas sebab kita hanya memakan luaran sotong dan membuang segala isi perut sotong.
  2. Udang – tidak memakan haiwan besar, yang mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi memakan plastik. Oleh itu, diet udang yang hanya memakan “habuk” organisma yang telah reput mungkin menjadi akibat udang kurang plastik. Namun begitu, kajian ini tidak menguji kaji kepala udang kerana di barat, mereka tidak memakan kepala udang. Jadi, rasanya nilai kandungan plastik untuk udang mungkin tidak boleh diguna pakai di negara Asia di mana kita menikmati sedutan umami yang menyegarkan deria daripada kepala-kepala udang.
  3. Tiram – merupakan deposit feeder di mana ia akan menimbuskan dirinya dan menyedut air sambil menapis makanan melalui sedutan tersebut, lebih kurang seperti vakum di dalam laut. Hakikat habitat tiram yang berada di laut yang cetek juga merupakan salah suatu faktor mengapa tiram mengandungi kandungan plastik yang tinggi.
  4. Ketam – omnivores yang memakan hampir kebanyakan benda di laut. Oleh kerana diet yang agak meluas, ketam agak terdedah dengan plastik. Suatu lagi faktor yang menjadikan ketam mengandungi kandungan PS yang tinggi ialah kerana insang pernafasannya yang berbulu, menjadikan insang itu perangkap plastik yang efisien.
  5. Sardin – merupakan haiwan pelagik yang hidup di laut terbuka, di mana plastik berada pada kandungan yang paling banyak. Namun begitu, sardin mempunyai sistem peredaran darah yang tertutup (seperti manusia) di mana pengedaran mikro plastik kepada tisu badan melalui darah adalah agak mustahil. Ini merupakan suatu dapatan yang agak mengejutkan Roberio et al. kerana mereka hanya melakukan uji kaji terhadap tisu otot dan kulit ikan sardin. Penulis menyatakan satu scenario yang paling munasabah ialah kerana untuk ikan, apabila mereka dibersihkan, segala isi perut ikan akan mencemarkan otot dan kulit ikan tersebut.

Kesan memakan plastik mikro

Jadi, adakah bahaya untuk manusia memakan plastik? Setakat ini, tiada kajian yang mempunyai jawapan yang konklusif. Namun, plastik mengandungi bahan kimia yang toksik yang akan mengganggu sistem badan manusia sekiranya diambil dengan kadar yang terlalu banyak. Mungkin anda boleh kaji sendiri tentang kesan buruk plastik terhadap manusia kerana agak mengerikan dan hiperbolik  untuk kami menyatakan bahawa ia akan berlaku terhadap anda.

Bumi ini rumah kita

Jadi, persoalannya sekarang, apakah seharusnya kita lakukan? Kita tidak dapat mengelakkan daripada memakan plastik mikro kerana kajian telah menunjukkan sama ada makanan liar mahupun ternak, kandungan plastik bergantung kepada jenis makanan yang anda makan.

Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah dengan menjalani kehidupan yang kurang bergantung kepada plastik yang tidak boleh diurai (non-biodegradable) dan sebagai seorang muslim dan khalifah Allah yang bertanggung jawab, jaga kebersihan dan jangan buang plastik merata-rata di samping melakukan lebih kitar semula.

Maha Pemurah dan Maha Mengasihani Allah, Ia mengurniakan pelbagai kemudahan dan kesenangan buat hamba-hambanya. Namun, akhirnya manusia yang bijak pandai ni jugaklah yang menjahanamkan muka Bumi ni dengan pelbagai cara sebab tamak dan tak bersyukur atas pemberian Allah. Umat Islam seharusnya terkehadapan dalam menangani isu-isu yang melibatkan penjahanaman Bumi kerana Allah meletakkan kita sebagai Khalifah di muka Bumi.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” Ar-Ruum, 30:41.

Ambillah masa ini untuk bermuhasabah dan lakukan perubahan dalam komuniti! Wallahua’lam.

Rujukan

  1. Riberio, F. et al. 2020. Quantitative Analysis of Selected Plastics in High-Commercial-Value Australian Seafood by Pyrolysis Gas Chromatography Mass Spectrometry, Environ. Sci. Technol.
  2. Weis, J.; Andrews, C. J.; Dyksen, J. E.; Ferrara, R. A.; Gannon, J.; T.; Laumbach, R. J.; Lederman, P. B.; Lippencott, R. J.; Rothman, N.; C.; Najarian, T.; Weinstein, M.; Broccoli, A. J.; Robson, M. G.; Vaccari, D. A.; Young, L., Human health impact of microplastics and nanoplastics. NJDEP-Science Advisory Board, 2015.
Total
217
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts