• Latest
  • Trending
  • All
  • Santai
  • Berita Pendidikan
  • Artikel AJAR
  • Video
Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

11 December 2020
Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Advertisement Banner
ADVERTISEMENT
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

18 January 2021
Apa Pentingnya Etnozoologi?

Apa Pentingnya Etnozoologi?

17 January 2021
Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

8 January 2021
Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

29 December 2020
Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

20 December 2020
5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

15 December 2020
Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

13 December 2020
Penaakulan Logika yang Anda Kena Tahu Sebelum Mengecam di Media Sosial

Penaakulan Logika yang Anda Kena Tahu Sebelum Mengecam di Media Sosial

6 December 2020
Konjektur Collatz : Semua Nombor akan Jadi 1. Betul Ke?

Konjektur Collatz : Semua Nombor akan Jadi 1. Betul Ke?

4 December 2020
  • Polisi Privasi
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR
Monday, 25th January, 2021
No Result
View All Result
AJAR
  • Utama
  • Artikel AJAR
    Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

    Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

    Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

    Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

    Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

    Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

    Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

    Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

    Apa Pentingnya Etnozoologi?

    Apa Pentingnya Etnozoologi?

    Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

    Pernahkah Anda Dengar Tentang Bayi Satu Bapa, Tapi Dua Ibu?

    Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

    Ini Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalori

    Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

    Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

  • Berita Pendidikan
    Ini Cara Pinjam 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Percuma yang Ditawar Perpustakaan Negara.

    Ini Cara Pinjam 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Percuma yang Ditawar Perpustakaan Negara.

    Pensyarah Bertanjak Peroleh PhD di Oxford untuk Tunjuk Hebatnya Bangsa Ini

    Pensyarah Bertanjak Peroleh PhD di Oxford untuk Tunjuk Hebatnya Bangsa Ini

    Selesaikan Masalah Bagaimana Bentuk Keropok Pringles Muat dalam Tin, Pringles Beri Pelajar PhD Ini Stok Percuma

    Selesaikan Masalah Bagaimana Bentuk Keropok Pringles Muat dalam Tin, Pringles Beri Pelajar PhD Ini Stok Percuma

    Plagiat Content, Saluran Indonesia dengan 12 Juta Subscribers Dipadam Youtube

    Plagiat Content, Saluran Indonesia dengan 12 Juta Subscribers Dipadam Youtube

    "McD Bukan Tempat Belajar!" Netizen Suarakan Tidak Puas Hati Pelajar Jadikan Restoran Segera Perpustakaan Mereka.

    “McD Bukan Tempat Belajar!” Netizen Suarakan Tidak Puas Hati Pelajar Jadikan Restoran Segera Perpustakaan Mereka.

    FOLDSCOPE – Mikroskop Origami Yang Boleh Dipasang Anak 7 Tahun!

    FOLDSCOPE – Mikroskop Origami Yang Boleh Dipasang Anak 7 Tahun!

    7 Tahun Dah Buat Video Ulas Model Angkasa Lepas

    7 Tahun Dah Buat Video Ulas Model Angkasa Lepas

    Saintis Muslimah Ini Temui Galaksi Baru yang Kemudian Dinamakan dengan Nama Beliau

    Saintis Muslimah Ini Temui Galaksi Baru yang Kemudian Dinamakan dengan Nama Beliau

  • Santai
    Soalan Ujian Kecerdasan 'Pelik' Ini Buat Orang Garu Kepala

    Soalan Ujian Kecerdasan ‘Pelik’ Ini Buat Orang Garu Kepala

    Membetulkan 100 Mesej Bahasa Wechat!

    Membetulkan 100 Mesej Bahasa Wechat!

    Peta Interaktif Ini Bolehkan Kita Bandingkan Saiz Objek - Objek Terbesar di Alam Semesta.

    Peta Interaktif Ini Bolehkan Kita Bandingkan Saiz Objek – Objek Terbesar di Alam Semesta.

    5 Kajian Saintifik Yang Diberi Anugerah Sebab 'Terlalu Merepek' (2019)

    5 Kajian Saintifik Yang Diberi Anugerah Sebab ‘Terlalu Merepek’ (2019)

    Lihat Bagaimana Budak Dua Tahun Ini 'Selesaikan' Masalah yang Menghantui Ahli Falsafah Puluhan Tahun.

    Lihat Bagaimana Budak Dua Tahun Ini ‘Selesaikan’ Masalah yang Menghantui Ahli Falsafah Puluhan Tahun.

    Peta Interaktif Ini Tunjuk Kat Mana Kita Keluar Kalau Kita Korek Terus Ke Dalam Tanah

    Peta Interaktif Ini Tunjuk Kat Mana Kita Keluar Kalau Kita Korek Terus Ke Dalam Tanah

    Pertandingan Namakan 20 Bulan Zuhal Dibuka, Reaksi Netizen Memang Dah Agak.

    Pertandingan Namakan 20 Bulan Zuhal Dibuka, Reaksi Netizen Memang Dah Agak.

    Ujian Penjawat Awam Tular. Apa XXX?

    Ujian Penjawat Awam Tular. Apa XXX?

  • Video
    • All
    • Video Ajar
    • Video Info
    • Video Santai
    Ucapan Graduan Terbaik UIA yang Viral

    Ucapan Graduan Terbaik UIA yang Viral

    Ilusi Optik - Bila Mata pun Menipu!

    Ilusi Optik – Bila Mata pun Menipu!

    Kenapa Jam Pusing Arah Jam?

    Kenapa Jam Pusing Arah Jam?

    Macam Mana Duit Kertas Boleh Ada Nilai?

    Macam Mana Duit Kertas Boleh Ada Nilai?

    Persamaan Matematik Paling Cantik

    Persamaan Matematik Paling Cantik

    Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

    Paradoks Paling Best – Paradoks Kejutan

    Bumi Sebagai Hamparan?

    Bumi Sebagai Hamparan?

    3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman!

    3 Ciptaan Islam Kuno yang Melangkaui Zaman!

    Krisis Pencairan Antartika

    Krisis Pencairan Antartika

  • Fantasains
  • Shop
  • Sumbangan
AJAR
Home Artikel AJAR
Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar

Asmila Syahmah by Asmila Syahmah
11 December 2020
in Artikel AJAR
0
125
SHARES
1.8k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sejarah pengenalan ilmu falsafah dan Matematik kepada dunia, nama Pithagoras sudah tidak asing lagi dengan sekalian manusia. Tetapi, siapa pula Milo? Apa kaitannya dengan Pithagoras? Yang tahu, minuman malt coklat Milo saja.

Tahu tak, nama Milo pada malt coklat tu sebenarnya diambil daripada nama seorang manusia yang kuat dan gagah pada zaman Yunani dahulu. Pada zaman yang sama juga, hidupnya seorang insan yang hebat intelektualnya, iaitu Pithagoras. Maka, di sinilah berlakunya pertemuan dua orang yang menggegar sejarah dunia dengan kisah kehebatan masing-masing.

Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar
Lakaran Milo yang lama

PERJALANAN KEHIDUPAN PITHAGORAS

Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar
Lakaran Pithagoras

Pithagoras dilahirkan di Pulau Samos pada sekitar tahun 582 SM dan meninggal dunia pada tahun 507 SM. Beliau merupakan seorang ahli Falsafah Yunani yang mempunyai pemikiran unik dalam falsafah pengajian matematik serta berjaya mempengaruhi generasi yang datang selepasnya. Kisah sebenar kehidupan beliau masih kekal misteri sehingga ke saat ini kerana Pithagoras telah mengamalkan sikap kerahsiaan tentang kehidupan dan kegiatan ilmuwannya. Namun demikian, beberapa kajian telah dibuat berdasarkan kepada beberapa sumber dan bukti yang ditemui oleh ahli sejarawan dan falsafah.

Penulisan ini hanya akan berfokuskan tentang kehidupan dan kegiatan ilmu beliau.

Pithagoras dipercayai telah mengembara untuk tujuan ilmu. Beliau telah mengembara dari tempat beliau, menuju ke sekitar Laut Mediterranean. Sepanjang pengembaraannya itu, beliau telah menemui ramai ilmuwan yang pelbagai latar belakang dan kepercayaan. Dalam pengembaraan di sekitar Laut Mediterranean yang dipercayai rantau para nabi, terdapat kajian yang menyatakan bahawa beliau telah bertemu dan berguru dengan sahabat serta pengikut para Nabi. Ketika beliau mengembara ke Parsi, beliau telah bertemu dengan pengikut Zoeraster dan seterusnya bertemu dengan pengikut Khrisna ketika pengembaraannya di India.

Beliau telah memperoleh banyak ilmu Timur sepanjang pengembaraannya yang bercampur baur antara kebenaran dengan mitos. Antaranya ialah, beliau berpendapat bahawa bumi berputar mengelilingi matahari, manakala matahari pula berputar mengelilingi api. Pandangan beliau yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari diperoleh menerusi Rasul dan pandangan ini sudah tentu di luar dugaan insan ketika itu. Manakala, pandangan bahawa matahari mengelilingi api pula mungkin merupakan warisan majusi Parsi.

Jika dilihat dalam penulisan-penulisan Pithagoras yang diriwayatkan oleh generasi kemudian, telah dinyatakan bahawa beliau banyak menyebut hubungan beliau dengan ajaran yang bersumberkan wahyu. Dinyatakan juga bahawa teorem matematik serta rumus siri misalnya, adalah salinan daripada pengikut para rasul. Begitu juga teorem Pithagoras dan rajah segi empat ajaib berdimensi tinggi yang mungkin diperoleh menerusi pengikut Hermis di kalangan masyarakat Yunani, yang dipercayai bahawa salah seorang Hermis ialah Nabi Idris A.S..

ADVERTISEMENT
Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar
Rumus segi tiga ‘ajaib’ pithagoras

Berkenaan agama Pithagoras, tiada maklumat yang cukup untuk menyatakan kepercayaannya dengan tepat. Hal ini disebabkan oleh tabii ajaran Pithagoras yang rahsia dan tertutup. Hanya golongan yang terpilih sahaja yang boleh menjadi muridnya. Pithagoras telah mengasaskan Persaudaraan Pithagoras yang melibatkan 600 ahli dengan ikrar dan janji untuk berpegang teguh pada kerahsiaan ajaran, dan sesiapa yang membuka rahsia akan dihukum mati dengan hukuman diselam di dalam air. Terdapat satu kisah dicatatkan bahawa seorang ahli pernah diselam sampai mati kerana membuka rahsia tentang struktur bongkah dodekahedron yang dibina dengan menggunakan 12 bongkah pentagon sekata. Fuh, dahsyat!

Apabila mereka berjaya membuktikan teorem Pithagoras, mereka telah merayakan kejayaan itu dengan menyembelih seratus ekor lembu jantan walau pada hakikatnya Pithagoras bukanlah orang pertama yang menggunakan teorem tersebut, tetapi orang China dan Babylon telah mendahului beliau selama seribu tahun awal. Di China, teorem ini dikenali sebagai Gou-gu.

Pithagoras menyelidiki rahsia alam untuk menyampaikan dirinya kepada rahsia kebenaran. Alam dicipta oleh Tuhan dalam nisbah yang teratur mengikut kadar dan nisbah yang tepat. Empat unsur utama alam ialah tanah, air, api dan angin yang menggabungkan semua makhluk mengikut nisbah yang telah ditentukan. Andainya nisbah itu diubah, maka pincanglah alam ini. Menurut beliau, nisbah berkaitan dengan nombor. Manakala nombor ialah asas matematik. Matematik ialah asas falsafah dan falsafah pula ialah asas atau tapak mencari kebenaran. Pithagoras telah mengisytiharkan dirinya sebagai ahli falsafah kerana kecintaannya kepada ilmu yang begitu mendalam.

ADVERTISEMENT

Bila yang nak jumpa Milonya?

Sabar jap. Jom kita kenal pula dulu siapa Milo.

PERJALANAN KEHIDUPAN MILO

Kisah Milo Si Kuat, Dengan Pithagoras Si Pintar
Lakaran Milo of Croton yang mengangkat lembu

Menurut beberapa catatan sejarah, Milo merupakan seorang penguasa Croton. Croton ialah sebuah bandar kecil yang terletak di Tenggara Itali, yang juga merupakan kawasan tamadun Yunani. Saban tahun, Sukan Olimpik akan dirayakan di Croton. Croton terkenal dengan kejayaannya melahirkan atlet yang hebat dan mendominasi Sukan Olimpik. Milo antara nama yang terbesar kerana telah memenangi Sukan Olimpik sebanyak 6 kali, dan ada yang mengatakan bahawa 12 kali.

Turut tercatat dalam kajian bahawa Milo telah memenangi banyak lagi pertandingan lain yang berprestij, termasuklah 32 kali kemenangan dalam acara gusti.

Untuk membina kekuatan dirinya, Milo telah berlatih dengan cara yang unik, tetapi telah diperlekehkan oleh ramai orang sehinggalah terbukti kekuatan Milo dan terlihat postur badannya yang tegap dengan otot. Setiap hari selama empat tahun, beliau akan mengangkat anak lembu di belakangnya sehinggalah anak lembu tersebut besar. Hari demi hari, beliau menjadi semakin kuat dan gagah. Dan apabila lembu tersebut sudah tersangat besar dan tua, beliau memakan lembu tersebut dan mencari alternatif lain untuk mengasah lagi bakat dan kekuatan beliau.

PERTEMUAN MILO DAN PITHAGORAS

Suatu masa, Pithagoras meninggalkan Samos dan berpindah ke Croton. Di sinilah beliau telah mengasaskan kumpulan beliau dengan pengikut yang ramai bercirikan seperti yang telah disebut di atas. Pithagoras dipercayai telah berkahwin dengan Theano, yang juga merupakan pelajar beliau dan antara yang menempa nama dalam sejarah falsafah dan matematik. Menurut kajian, dipercayai bahawa Milo merupakan salah seorang pengikut beliau.

Pertemuan mereka bermula apabila Milo telah menyelamatkan kehidupan Pithagoras daripada ditimpa bumbung yang hampir jatuh mengenai beliau. Malah, ada catatan yang menyatakan bahawa Milo telah berkahwin dengan anak perempuan Pithagoras iaitu Myia.

Pada tahun 510 SM, bandar Croton telah diserang oleh musuh dan dipercayai bahawa Pithagoras telah membantu Milo mempertahankan bandar Croton dalam serangan itu sehingga mencapai kemenangan. Kemudian, pada tahun 508 SM, akademi Pithagoras telah diserang dan ramai pengikutnya telah mati. Tetapi, faktor kematian Pithagoras yang sebenar tidak dapat dikenal pasti apabila ada kajian yang menyatakan bahawa kebarangkalian beliau berjaya melarikan diri dan meninggal di Metapontium, dan ada yang menyatakan bahawa beliau membunuh diri selepas serangan yang berlaku sehingga mengakibatkan kematian ramai pengikutnya. Walaupun begitu, pengaruhnya telah berkembang kemudiannya di kalangan dukungan ajarannya yang dikenali sebagai mazhab Pithagoras. Penulisan-penulisan beliau telah disusun kembali oleh ramai penulis, termasuklan Nikomakhus dan Ikhwan al-Safa.

Apa yang berlaku pada Milo?

Ketika Milo sudah tua, beliau ingin menguji semangat dan kekuatannya. Kemudian, dia terjumpa satu batang pokok yang sumbing ketika melalui sebuah hutan. Lalu, beliau membelahnya dengan menggunakan tangan. Malang tidak berbau apabila tangannya telah terperangkap di batang pokok itu dan beliau tidak dapat melepaskan diri sehinggalah beliau dimakan oleh serigala.  

GEGAR DUNIA?

Setelah dilihat daripada keseluruhan kisah, mungkin kisah hubungan antara Pithagoras dan Milo tidak begitu signifikan untuk diketengahkan. Tetapi, fakta dan sejarah itu masih relevan untuk diceritakan kerana nilai yang terkandung padanya jika dilihat dalam satu pemerhatian yang lebih luas. Kedua-dua individu ini memberi nilai kekuatan yang berbeza untuk tatapan kita, iaitu kekuatan mental dan kekuatan fizikal.

Kehadiran Pithagoras dalam kehidupan Milo dipercayai sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran dan kejayaan Milo. Tetapi, pengkaji Barat masih menyatakan bahawa Milo tidak berjaya mempelajari kepintaran Pithagoras dengan mendalam apabila kisah kematiannya seperti tidak masuk akal.

KEHEBATAN MILO DAN KISAH KHABIB

Walau bagaimanapun, kehebatan dan kekuatan Milo tidak wajar dipersoal dan direndahkan. Semangat dan kesungguhan beliau membina kekuatan biarpun ditertawakan perlu dicontohi. Kisah beliau yang berlatih dengan seekor anak lembu sehingga menjadi seekor lembu yang begitu besar mengajar kita untuk memahirkan diri pada perkara asas dahulu, dan perlahan-lahan membina kekuatan dan keyakinan diri. Jika difikirkan semula, sejarah ini persis sekali dengan kisah Khabib Nurmagomedov. Sejarah telah berulang dan terbukti melalui kisah kekuatan dan kejayaan beliau yang juga memulakan latihannya sedari kecil dengan seekor anak beruang sehinggalah besar.

NILAI FALSAFAH PITHAGORAS

Manakala, kisah kehidupan Pithagoras sangat memberi nilai dan pengajaran yang banyak kepada kita untuk memainkan peranan sebagai hambaNya yang bertaqwa dan penuntut ilmu yang mendambakan Syurga. Pithagoras memerhatikan alam ini sebagai satu temasya yang besar, bagaikan sebuah pentas yang luas. Dengan menggunakan segala keupayaan yang telah dianugerahkan Ilahi, ahli Falsafah memerhati dan merenung secara mendalam bagi memahami dan menganalisa setiap peristiwa yang berlaku. Seperti dalam sebuah lakonan, ahli falsafah tidak melihat dan terpegun dengan pelakon, tetapi, ahli falsafah lebih melihat dan terpegun dengan penulis skrip dan pengarah lakonan tersebut. Menurut Pithagoras lagi,

“Ahli falsafah cintakan hikmah untuk menyelidiki rahsia alam semesta ini. Aritmetik ialah ilmu asas untuk menyelidiki rahsia tersebut.”

Malah, tercatat dalam satu kajian tentang kisah pertanyaan Putera Leon mengenai maksud falsafah menurut Pithagoras ketika mereka menghadiri Sukan Olimpik. Lalu, Pithagoras menjelaskan :

“Wahai Putera Leon, kehidupan ini bolehlah dibandingkan dengan Sukan Olimpik ini. Ada yang datang untuk kemenangan, ada pula yang datang untuk kemasyhuran nama, tetapi hanya sebahagian kecil daripada mereka yang datang untuk memerhati, mengkaji, memahami apa yang berlaku di sini. Golongan terakhir inilah yang dinamai ahli falsafah.”

KESIMPULAN

Selain daripada mempelajari nilai dan pengajaran, mengetahui fakta dan sejarah juga merupakan satu disiplin ilmu. Hal ini supaya kredit ilmu itu diberikan kepada yang benar dan berhak. Oleh sebab itu, jika dilihat dalam kitab-kitab terdahulu, di bahagian pengenalan sahaja telah dihurai panjang mengenai pengasas sebenar sesuatu ilmu demi mendapat keberkatan dan keredhaan ke atas ilmu yang telah diperoleh. Inilah adab seorang pelajar yang perlu kita contohi dan ketengahkan semula pada zaman ini. Bukan hanya membuta tuli menulis dan berkongsi idea orang lain, lalu diletak nama sendiri tanpa segan-silu. Semoga kita semua menjadi penuntut ilmu yang berhemah dan berhikmah!

Rujukan dan Bacaan Lanjut :

  1. Matematik Merentas Tamadun, Mat Rofa Ismail.
  2. Ancient Greece : Milo of Croton, https://www.biblehistory.com/links.php?cat=48&sub=4245&cat_name=People+-+Ancient+Greece&subcat_name=Milo+of+Croton+
  3. Pythagoras of Samos, https://mathshistory.st-andrews.ac.uk/Biographies/Pythagoras/
  4. The Milo of Croton story – Start small and never give up, https://agileleanlife.com/the-milo-of-croton-story/
  5. Milo of Kroton, https://www.perseus.tufts.edu/Olympics/milo.html
  6. Pythagoras: Everyone knows his famous theorem, but not who discovered it 1000 years before him, https://link.springer.com/article/10.1057/jt.2009.16           
Tags: sejarah

Dapatkan kemaskini terkini berkenaan kategori ini terus ke peranti anda, tekan subscribe

Unsubscribe
Advertisement Banner Advertisement Banner Advertisement Banner
Previous Post

Penaakulan Logika yang Anda Kena Tahu Sebelum Mengecam di Media Sosial

Next Post

Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

Related Posts

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?
Artikel AJAR

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?
Artikel AJAR

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?
Artikel AJAR

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Next Post
Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

Apa yang Berlaku kepada Tubuh Apabila Ia Mati dan Mula Mereput?

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

5 Kumbang dengan Tingkah Laku yang Pelik

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia

Discussion about this post

Media Sosial

  • 192.9k Fans
  • 11k Followers
  • 312k Subscribers
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Koleksi Teka - teki Melayu Tahun 1918 Ini Begitu Halus dan Tersirat

Koleksi Teka – teki Melayu Tahun 1918 Ini Begitu Halus dan Tersirat

13 June 2019
6 Syarikat Teknologi Gergasi yang Jatuh Tersungkur

6 Syarikat Teknologi Gergasi yang Jatuh Tersungkur

16 September 2020
Apa Itu Gelaran Ts?

Apa Itu Gelaran Ts?

3 November 2019
4 Fenomena yang Lagi Laju Daripada Cahaya

4 Fenomena yang Lagi Laju Daripada Cahaya

6 January 2020
Ini 10 Negara Paling Kecil di dunia

Ini 10 Negara Paling Kecil di dunia

1 September 2020
Berhati - hati dengan Trend Baru '#10YearsChallenge'

Berhati – hati dengan Trend Baru ‘#10YearsChallenge’

Mahu Pecahkan Mitos Melayu Malas, Pengguna FB ini Senaraikan Ratusan Nama Melayu Hebat (Makin Bertambah)

Mahu Pecahkan Mitos Melayu Malas, Pengguna FB ini Senaraikan Ratusan Nama Melayu Hebat (Makin Bertambah)

Apa Itu Paradoks?

Apa Itu Paradoks?

Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

Rakyat Malaysia Masih Belum Capai Sasaran 30 Buku Setahun, Komik Genre Paling Popular.

5 Eksperimen Merepek yang Entah Kenapa Dibuat Oleh Saintis

5 Eksperimen Merepek yang Entah Kenapa Dibuat Oleh Saintis

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
Paradoks Kembar - Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

Paradoks Kembar – Kenapa Orang yang Memecut Laju Lebih Muda?

20 January 2021
Anti - Nutrient : 'Musuh' Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

Anti – Nutrient : ‘Musuh’ Yang Kacau Penyerapan Nutrien Ini Kawan Atau Lawan?

18 January 2021
Apa Pentingnya Etnozoologi?

Apa Pentingnya Etnozoologi?

17 January 2021

Tentang AJAR

AJAR adalah medium pendidikan gaya baru yang mengetengahkan pendidikan luar silibus, terutama yang menjawab persoalan kenapa.

Ikuti Laman Sosial

Tag Popular

Bahasa Dunia Melayu Fantasains featured mate matematik Sains sejarah teknologi

Terkini

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

Boleh ke Kita Merentasi Masa (Time Travel)?

22 January 2021
Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

Apa Itu Anti Oksida? Ia Baik Ke?

21 January 2021
  • Polisi Privasi
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR

© Ajar Malaysia - Hak Cipta Terpelihara.
Website anda tak gempak macam ni? Hubungi Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Artikel AJAR
  • Santai
  • Berita Pendidikan
  • Video
  • Tentang AJAR
  • Abang & Kakak AJAR
  • Hubungi AJAR

© Ajar Malaysia - Hak Cipta Terpelihara.
Website anda tak gempak macam ni? Hubungi Hafiz

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In