Teori – teori Saintifik Ditemui Orang Melayu yang Kita Tak Tahu

Dari dulu, pembelajaran sains kita di sekolah – sekolah sentiasa dilatari dengan nama – nama penemuan dan teori saintifik orang Barat. Nama – nama seperti Newton’s Law, Lenz’s law, Boolean, Gauss, Einstein’s theory of relativity, nombor Planck, Bohr model, Boyle’s law, Hubble constant, Heisenberg uncertainty principle, dan lain lain adalah penemuan dan teori saintifik yang ditampal dengan nama – nama Barat, lantas memberi konotasi bahawa sains seolah – olah hanya dimiliki oleh mereka.

Mengapa agaknya? Mungkin sebab yang biasa dijelaskan adalah kerana mereka memang banyak bereksperimen, banyak terlibat dengan sains sejak dari 500 tahun lepas, iaitu setelah mereka mencapai zaman pencerahan.

Namun begitu, boleh jadi juga kerana sebab lain. Boleh jadi juga kita asyik mendengar teori – teori dan penemuan saintifik yang ditempel dengan nama orang Barat adalah kegiatan mereka meng’klaim’ nama, walaupun pada penemuan – penemuan yang ditemui orang lain.

Dalam sejarah, terdapat banyak contoh penemuan saintifik yang diberikan nama bukan kepada empunya penemu yang asal, antaranya:

  • Komet Halley – Halley bukanlah penemu pertama malah dah diketahui ratusan tahun sebelum itu
  • Nombor Fibonacci bukan dari Fibonacci tapi dia ambil daripada kajian lebah orang Islam di Bejaia.
  • Bakteria Salmonella bukan ditemui oleh Daniel Elmer Salmon tapi anak murid beliau.
  • Avogadro’s constant yang kita guna waktu kelas kimia sekolah menengah itu, bukan ditemui oleh Avogadro
  • Big Bang theory sebenarnya adalah nama penghinaan untuk merendahkan teori tersebut
  • Dan dah pasti, adik beradik Wright bukan yang pertama cipta kapal terbang. Beberapa tahun sebelum ia dibuat oleh Alberto Santos-Dumont dan ratusan tahun sebelum tu cubaan oleh Ibn Firnas.

Malah ada satu peraturan yang mengatakan bahawa tak ada penemuan saintifik yang sebenarnya diberi nama kepada penemu yang asal. Law of eponymy.

Jadi yang akan tentukan nama siapa yang melekat pada satu teori atau penemuan adalah masyarakat. Masyarakat yang pilih nama siapa yang diorang yang tempel walaupun penemuan tu semua orang dah lama dah, dan nama yang ditempel tu tak ada sorang pun kenal (seperti Dunning Kruger Effect yang hakikatnya sama seperti peribahasa ‘jadi resmi padi, makin tunduk makin berisi’ atau kata – kata imam Syafi’e “makin aku belajar, makin aku rasa diri ku bodoh”)

Kesimpulannya, kitalah yang perlu menaikkan penemuan saintifik bangsa kita sendiri. Maka, berikut adalah beberapa teori – teori saintifik yang ditemui orang Melayu yang kita tak ketahui.

Fungsi Permukaan Said Ball

Konsep ini diperkenalkan oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan bin Said dan digunapakai dalam Reka Bentuk Geometri Dengan Bantuan Komputer (Computer Aided Geometric Design)

Prof Hassan Said telah berjaya mengitlakkan (generalize) fungsi asas Ball kubik kepada polinomial darjah yang lebih tinggi untuk permukaan.

Fungsi permukaan Said Ball ini digunakan dalam teknik untuk mengubah saiz imej digital. Masalah apabila kita mengubah saiz adalah ia akan kelihatan terpecah – pecah, tak licin dan memakan kuasa pemprosesan yang besar.

Fungsi Said Ball boleh mengisi ruangan pada maklumat piksel yang hilang dalam imej yang dihasilkan sehingga boleh mendatangkan ketepatan pada kualiti imej.

Aerofracturelastic

Aerofracturelastic adalah kaedah penilaian penyebaran rekahan pada sayap pesawat akibat daya angin, menggunakan Extended Finite Element Modeling.

Kaedah ini diperkenalkan oleh Dr Nur Azam Abdullah, PhD di fakulti kejuruteraan Mekanikal di University of Sheffield yang sekarang merupakan Pensyarah kanan di jabatan kejuruteraan mekanikal- aeroangkasa.

Beliau mendapati bahawa angin yang datang secara tiba -tiba ketika penerbangan boleh menyebabkan sayap kapal terbang bergetar secara membengkok dan terpulas. Disebabkan daya tarikan yang boleh mengakibatkan perkembangan rekahan, maka Dr Nur Azam membuat kajian untuk meramal sifat rekahan tersebut.

Ini adalah teknik terbaru untuk meramal penyebaran rekahan pada sayap pesawat yang belum pernah dibuat sebelum ini. Menurut pengkaji, kaedah ini dianggap maju melangkaui 5 tahun berbanding kaedah sedia ada yang belum digunapakai oleh industri kapal terbang termaju.

Nombor Fawzal

Nombor Fawzal merupakan kuantiti nirdimensi (dimensionless quantity) yang menerangkan nisbah pemindahan haba perolakan atau kapasiti penyejukan dengan kuasa yang digunakan oleh reka bentuk tersebut. Pada awalnya ia dikenali dengan Indeks Prestasi Penyejukan Rotor.

Kuantiti tersebut telah diperkenalkan Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal (Aid Fawzal) Istilah kuantiti tersebut kemudiannya ditukar kepada Nombor Fawzal (Fa) yang mengambil nama sempena nama bapa beliau iaitu Ahmad Fawzal.

Nombor tersebut digunakan untuk membantu menentukan prestasi penyejukan apabila parameter reka bentuk berubah terutama apabila mengendalikan kajian parametrik. Secara umumnya, semakin tinggi nombor Fawzal, semakin baik prestasi penyejukan.

Kini produk ciptaan mereka telah diguna pakai oleh beberapa pengeluar supercar dan hypercar bersama dengan “teknologi sistem penyejukan” yang telah beliau hasilkan. Dr Ahmad Syahid juga adalah antara pencipta sulung dalam “teknik penyejukan rotor” untuk mesin elektrik berkuasa tinggi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts